KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Friday, 21 November 2014

mak...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, terima kasih Ilahi atas rezeki dan kesempatan ini..
dalam hati ini, sentiasa merindui orang yang disayangi.. teringat kembali pada emak yang telah pergi. setiap malam, pasti mak akan muncul dalam mimpi, bagaikan mak masih berada di sini...
25 tahun yg lalu, mak melahirkan diri ini.. bila melihat ibu2 yg melahirkan anaknya secara pembedahan, terbayang bagaimana keadaan emak ketika itu.. terima kasih mak, pengorbananmu tak mampu di balas. saat melihat pembedahan ibu2 tersebut di depan mata, melihat anak2 yg keluar dari perut ibu, sebak rasa hati, ingin menitis air mata.. besar kekuasaan-Mu Ilahi.. melihat bayi2 comel yang dilahirkan pada tarikh yang sama dengan diri ini, melalui pembedahan yang sama.. duhai anak2, moga kamu menjadi anak yang soleh dan solehah.. menjadi puteri dan putera yang sentiasa menjaga hati dan maruah keluarga... bezanya kita, diri ini dilahirkan 25 tahun yang lalu...
bagaikan sekejap masa berlalu.. sudah 25 tahun diri ini berada di atas muka bumi ini. sejak dilahirkan sehingga kini. pelbagaii kejadian yang berlaku..
final sem di sini. Alhamdulillah, sedikit sahaja lagi untuk tamatkan pengajian di sini. jika mak ada, pasti mak akan gembira..
mak, adik rindu mak.. bak pun rindu mak. semua orang rindu mak..
dulu, setiap hari akan mendengar suara mak dan bak. macam2 yang mak akan tanya dan bualkan dengan adik. dah lama adik tak dengar suara mak.. hanya video ketika family kita bercuti di cameron menjadi teman..rindu pada mak..
paling tidak, mak akan call dan wish birthday adik..
mak doakan yang terbaik untuk adik ye..
kami sayang mak...

Friday, 30 May 2014

tabah...

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk mencoretkan sedikit rasa di sini.. Alhamdulillah, hari ini masih bersinar, kita masih bernafas dengan sempurna, Malaysia masih lagi aman... terima kasih Ilahi.. tak tau nak mulakan cerita dari mana... hmmm...
hari ahad, 11 mei 2014, 9.05 malam, wad icu hospital tengku ampuan afzan...
orang yang paling disayangi, yang perginya tiada ganti, yang kasihnya tidak mampu dibeli dan dicari, yang pengorbanannya tak mampu dibalas.. detik itu, emak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Al-Fatihah...
berada di sisi mak ketika itu adalah along dan bak.. hanya mereka.. sempat membisikkan kalimah syahadah di telinga emak sebelum emak pergi...
semua orang kelu.. terkedu.. hanya sendu yang mampu..
digagahkan diri, jumpa warden dan minta pelepasan pulang on that time.. Allah Maha Kuasa.. tiada halangan.. boleh pulang waktu tu juga.. Alhamdulillah.. naik bas, terasa pergerakan bas teramat perlahan..tangisan mengiringi perjalanan..di simpang taiping, pulang bersama akak..
sesampai di rumah, cuba kuatkan semangat.. bukan tidak ingin terus melihat emak tapi cuba mencari kekuatan..semua cuba tabah.. tangisan dikawal sebaik mungkin..
tukar pakaian dan bacakan yassin untuk mak.. lihat wajah mak tenang..tidak sanggup untuk menatap lama..cium pipi mak..
setiap yang datang, pasti akan menitiskan air mata..sedara yang rapat,semua tak percaya...banyak kisah mak yang mereka ceritakan..
sempat untuk mandikan mak, lihat mak dikapankan dan disemadikan...
masa tu, tah lah..
Alhamdulillah, orang tersayang sentiasa memberikan sokongan..
my lovely prince came.. give me support..
Alhamdulillah, dia sempat mencium mak, melihat wajah mak dan menyembahyangkan mak.. terima kasih Ilahi.. dia sumber kekuatan... dia sebahagian keluarga kami... mak dan ayah dia juga datang memberikan tanda sokongan..
ingat diri akan keseorangan.. namun Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang...
sedikit terkilan bila fikir sedikit sebanyak impian mak tak tertunai.. namun, moga segalanya baik..
my prince said, even mak dah takde kat dunia ni, mak boleh lihat kita dari sana.. kuatkan semangat untuk teruskan hidup.. sekurang2nya, kita dah tak buat dosa dengan mak.. doakan yang terbaik untuk mak..mak akan sentiasa ada dalam hati kita.. InsyaAllah..
sehingga kini, orang tengok diri ini tidak menangis.. semalam,ada sesi kaunseling..just for some student to do assigment.. the kaunselor said, azizah nampak tersenyum tapi terlihat ada takungan air mata di mata.. apa cerita yang tersembunyi? when is became about my mom, i will never ever cried in front other people except my family..
caunselor tu kata, azizah ni tabah..kuat semangat...
hmmm...
everytime, adik rindu mak..Asyraf kata, adik kena kuat...even adik tak menangis depan dia tapi dia tahu adik macam mana..dia suruh adik kuat semangat, sentiasa doakan mak.. kami minta maaf sebab tak sempat nak tunaikan janji kami depan mak.. asyraf sayang mak..adik lagi sayang mak.. mak terus doakan kami ye..
result final sem ni dah keluar mak.. adik dah buat yang termampu.. Alhamdulillah, adik lulus dan pointer adik masih ok.. walau mak takde kat sini, adik yakin mak tahu keadaan adik.. adik akan  lakukan yang terbaik...adik tak kan wat mak kecewa.. InsyaAllah.. mak terus doakan adik ye..adik sayang mak..
keadaan bak ok..bak cuba sesuaikan diri..mak tau kan bak sayang mak?
along,angah,ade n ateh.. semua sayang mak..kami cuba tunaikan impian mak...
Asyraf sekarang ni g umrah mak..adik ada beritahu mak kan masa mak kat icu.. mak doakan asyraf berubah menjadi lebih baik.. Alhamdulillah, asyraf dah jadi lagi bertanggungjawab.. doakan yang terbaik untuk kami semua mak..
kami sayang mak sangat2..
adik sering mimpikan mak.. rindu suara mak, gelak tawa mak, masakan mak..
adik cuba tabah mak.. adik sentiasa sayang mak..

walau tiada lagi bebelan dari mak, teguran dari mak, ciuman dari mak tapi mak sentiasa ada dalam hati, ingatan, diri dan jiwa kami..

satu kata yang diri ni ucap dalam sesi kaunseling semalam..
'saya ingin jadi seperti orang yang bercinta,di mana walau di campak di tengah pulau, mampu meneruskan hidup dari menjadi orang yang putus cinta, walau berada di dalam ladang gandum, mati kelaparan.'

be positive.. mak sentiasa ada dalam hati kita.. mak sentiasa berada di sisi kita..
adik hidup dengan mak 25 tahun.. bak hidup dengan mak 36 tahun...

YA Allah, semadikan lah ibuku dalam rahmat-mu.. tempatkanlah dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.. Moga kita sekeluarga akan berjumpa kelak di syurga nanti..InsyaAllah..
salam sayang dan rindu buat mak..


pic terakhir mak sebelum mak masuk hospital..

Al Fatihah buat bonda..
Aminah Binti Awang
15/9/1957 - 11/5/2014...


Moga damai bonda di sana.. moga kita akan bersua nanti..

wassalam..

Thursday, 8 May 2014

cepat sembuh mak...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Allah masih memberikan kesempatan pada diri ini.. terima kasih Ilahi..
ada berita sedih yang berlaku minggu lepas..saat diri ini ingin menduduki peperiksaan akhir semester..mak tersayang telah dimaasukkan ke icu kerana terdapat kuman dalam paru2.. Ya Allah, berat sungguh ujian itu. doktor menyatakan peluang mak masa tu 50-50... semua orang dah menangis.. along, kak long, kak ngah, abg ngah dah ada masa tu.. bak lagi la sedih.. orang duk jauh, tk leh nak terbang g sana..second day of exam..minta pelepasan but puan kata, hold kejap.habiskan paper.InsyaAllah, mak ok.. final day,after exam terus balik. mujur ade ada.balik sekali dengan ade..sampai htaa,kul 10.30 malam.tunggu doktor bagi masuk pukul 11 malam..masa tu, keadaan mak masih lemah..pakai ventilator yang paling kuat..untuk support mak bernafas..mak pakai mesin cuci darah (hd).ubat mmg banyak.. untuk kencing manis, untuk jantung, untuk bagi mak buang air besar, antibiotik...masa tu mak tidur..doktor bagi mak ubat tidur bagi mak rest..memang sedih tengok mak..bagi sokongan pada mak.doakan mak..esoknya,tengok mak..mak makin ok..masih pakai venti tapi yang bese punya..mak still buat hd..lega sebab mak dah boleh buang air besar..ubat tidur doktor dah kurangkan..Alhamdulillah, semua dah jumpa mak kecuali abg de yang still di australia.. my lovely prince pun datang juga even tak berapa sihat..lega sebab mak makin ok..esoknya,doktor tak bagi dah mak ubat tidur.nak tengok mak sedar..tapi mak masih separa sedar..mak boleh buka mata,tapi tak sedar sepenuhnya..mak geleng kepala..mak, maafkan kami..kami tahu mak tak nak g hosp.tapi kami buat ni untuk mak sihat..mak kuatkan semangat ye..kami semua sayang mak..bak lagi sayang mak..
semalam,dah gerak balik kolej..ade bagitau,mak dah tak cuci darah..mak masih belum sedar sepenuhnya..moga mak baik dan sihat..kalau mak dah sihat, nak marah kami, marah lah..kami terima..asalkan mak baik,sihat dan sembuh seperti biasa..
adik kat sini, cuba habiskan kerja secepatnya...nanti adik balik jaga mak ye..kami semua sayang mak..
cepat sembuh mak..
terima kasih Ilahi, memberi kesempatan untuk kami melihat mak kami, menjaga dia sebaiknya..
terima kasih pada semua orang yang mendoakan mak..jiran, sedara mara, puan2, rakan2, kawan2 dan semua sekali..hanya Allah yang mampu membalasnya..cepat sembuh mak..
kami sayang mak..

Saturday, 22 March 2014

long story...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, even lama tak jenguk kat sini, still diberi kesempatan dalam menempuh hidup ini.. A lot of things happen.. seriously, banyak yang pahit dari manisnya.. banyak yang sakit dari yang sihatnya....
pe2 pun, thank you Allah because always there for me, us and them....
Life is so short. umur semakin meningkat tapi kematian semakin menghampiri... Always remember that..
perjuangan sebagai manusia masih panjang, sebagai anak, adik, students, kawan, akak and hamba-Nya..
one day, i'm so hurt. think that its over. Alhamdulillah, Allah always there and always on my side. even Dia menyatakan seseorang itu bukan milik kita, its enough. mungkin di mata manusia lain dia adalah yang sempurna tapi Allah dah tunjuk pada kita yang dia bukan milik kita.. past is past.. right now, i'm focus for what is written for me... to have family that really love me is enough already. there were always support when in any condition i'm... really love my family..
lama dah tak jumpa mak ayah kat kampung. kesihatan mak tak berapa baik. sayu hati dengar suara mak, hajat mak nak jumpa. maaf mak, anakmu ini sedasng berjihad dalam menuntut ilmu demi masa depan kita bersama. teruskan berdoa untuk anakmu yang jauh di perantauan ini.. Insya Allah, ada masa, anakmu ini akan kembali..
life in kolej so hard.. this moment, so many prob happen. tambahan pula satu kolej sedang menghentam kami atas kesilapan yang kami sendiri tak pasti kenapa... whole kolej hentam kami habis2an.. so cruel!!! it that kami ni teruk sangat? maybe, some of students in my sem so lazy but, we know how to behave.. kalau nak marah orang yang buat salah tu, marah la but tolong hormat dan care about the others..
terkejut tak bila org yang paling baik dan diam dalam kuliah blh kata something yang kita tak jangka akan terkeluar dari mulut dia? yup, its happen bila terlalu banyak pressure yang buat ka kita sendiri rasa sakit hati.. right now, I also depress.. don want to take care about other anymore.. cruel right?
donno.... so depress...
tomorrow, start exam week.. wish me and all my fren good luck..
tiga perempat sudah perjalanan di sini.. bagi la kami semua menamatkan pengajian di sini dengan jayanya... InsyaAllah and Aamiin...
life must go on.. take care of yourself.. take care of your iman.. Always remember and thankful, Allah always there for all of us..
wassalam..

Friday, 7 February 2014

sekadar bicara

assalamualaikum..
Alhamdulillah.. dah lama rupanya masa berlalu.. tak sedar usia semakin meningkat tapi masa untuk bertemu kekasih yang agung juga makin singkat..
berbagai yang terjadi.. bermacam dugaan yang ditempuhi.. terima kasih Ilahi atas kesempatan ini, atas rahmat-Mu, atas bantuan-Mu.
Engkau memberi dugaan kepada kami dan Engkau membantu kami.. Terima kasih Ya Allah..
Moga Engkau tidak pernah meninggalkan kami.. Maafkan kami atas segala salah silap kami..

Kat luar, bunyi bunga api.. Ada keraian mungkin..Moga segalanya baik..

yang berlalu, tak akan patah kembali. redha atas apa yang terjadi.majukan diri untuk masa depan. tak mampu nak berjuang macam para syahadah.. namun berjuang untuk menghadapi dugaan dalam dunia ini, dalam hidup ini..

Ya Allah, selamatkanlah ibu dan ayah ku serta ahli keluargaku yang lain.. hanya Engkau tempat kami bergantung..
terima kasih Ilahi..
Wassalam..