KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Saturday, 7 December 2013

Thanks Ilahi

Assalamualaikum..
Syukran.. Terima kasih Ilahi.. Hari ini kita semua berada dalam keadaan yang baik.
Kat tempat len, merata2 tempat kisah banjir.. sama2 kita doakan agar mangsa banjir semua berada dalam keadaan baik dan musibah ini akan berakhir dengan cepat.. InsyaAllah dan Amiin..
back to the point..
Alhamdulillah, lepas juga niat nak g lepak kat bendang.. enjoy it..
Thanks Ilahi n thanks pada kawan2 yg sudi teman..
Sedikit tatapan dan kenangn..

padi yg baru nak jadi


ni la bendang yang menghijau


its my world..


how fantastic its


siput di bendang yg blh kita makan.. yum3..


peace..


looking something over there..


what project should we do???


puteri di tengah2 kawasan


agk2, byk tak ikan nie?

antara kenangan kami.. thanks..

wassaslam

Sunday, 3 November 2013

terfikir..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Allah berikan kesempatan lagi untuk menitipkan bicara di sini..
Alhamdulillah, tadi pasukan bolasepak pahang baru je menang perlawanan akhir piala malaysia.. betul kan? hehehe.. Alhamdulillah, walau 1-0, ia tetap bermakna.. berdebar-debar semua orang menonton, menyaksikan dan mendengarnya.. Macam2 yang berlaku.. ada yang bersorak la, ada yang hiper sangat la.. Ingat2 la sikit, awak tu perempuan.. huhuhu...
By the way, sebenarnya, petang tadi, macam biasa, lepak makan kat cafe.. Sambil2 makan, tengok sekeliling, macam selalu.. tup2 terfikir, macam mana la hidup di masa depan nanti.. kawin dengan siapa, macam mana dia jaga kita, ready dah ke nak jaga anak? harta dah ada ke untuk masa depan? tah lah..
usia makin meningkat..hidup dalam dunia macam lama je lagi tapi sesaat kita bernafas, semakin dekat kematian menanti kita.. betul kan..
kadang2, fikir tak nak kawin.. tapi tah lah.. maybe single itu lebih baik sebab kita tak perlu nak jaga hati orang lain.. just fikir tentang diri sendiri dan family je.. tapi nikah itu sunnah nabi. sape tak kawin, nabi tak ngaku umat.. jadi???
mungkin, dalam dunia ni, jodoh kita tak ada.. mungkin di syurga nanti, ada yang menanti kita..
perjalanan dalam dunia ni panjang lagi.tiada siapa yang tahu apa yang telah berlaku semalam, apa yang terjadi hari ini dan apa yang bakal berlaku hari esok. langit tak selalu cerah..sekali sekala mendung akan datang berarak membawa hujan untuk menyegarkan tanah..
berbalik pada petang tadi.. tengok macam2 ragam.. tah yang mana 1 akan berlaku pada diri ini.. sweet sangat bila tengok pak cik dan mak cik baya ayah dan mak makan bersama, berbual mesra.. how romantik they are.. hopefully, diri ini dengan suami akan bahagia sampai akhir hayat.. bersama2 masa susah dan senang, masa muda hingga tua..bukan mudah nak hadapi semua ni..
nak hidup bersama sehari pun belum tentu lagi wei.. macam mana nak hidup sampai akhir usia? itulah yang orang kata, dalam hidup ini kena banyak bersabar, jangan cepat melenting..
chewah.. ayat mcm dah ada pengalaman kan.. ciplak ayat mak je pun.. huhuhu..
pe2 pun,I miss my mom and dad.. uwaaaaaa.... :'(
Alhamdulillah, my mom and dad still happy till now.. walau banyak cabaran dalam menempuh hidup berumahtangga selama hampir 34 tahun.. Terima kasih Ilahi kerana memanjangkan umur dan jodoh mereka sehingga kini.. Moga Engkau akan  terus merahmati hidup kami sekeluarga.. Amiin..
Love both off you!!!

Wasssalam..

Friday, 1 November 2013

exam ooooo exam...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ini...
semalam dah start final exam sem ni.. start dulu dengan osce.. rest for a few day before teori start.. ramai yang ambil kesempatan untuk balik umah tapi kita ni, stay kat kolej je.. first time dalam cuti yang agak panjang tak balik umah.. it all because, lillahitaala.. for exam and for future.. InsyaAllah..Amiin..
sem ni, nampak macam simple tapi agak mencabar..dengan segala yang dah berubah.. pe2 pun, semua dalam perancangan manusia tapi Allah yang akan menetukan segalanya... betul tak???
esok holiday dulu tapi nak g mana ye? stay in hostel je la... tido dulu.. hahahaha...
takde mood nak berjalan if terpaksa keluarkan modal and menyusahkan orang lain..
dear puteri,
stop dreaming ok.. final just in the corner. stop playing and focus to the exam..but...
don't stress2.. be happy.. yayyyyy...
Dalam kedamaian, Allah sentiasa memberi peluang pada setiap hamba-Nya untuk beroleh apa yang di impikan.. Ya Allah, berilah kejayaan yang cemerlang kepada kami semua.. Janganlah Engkau menghampakan kami semua, harapan kedua ibubapa kami, harapan guru2 kami, harapan kami sendiri.. Bantulah kami semua..
Terima kasih Ya Allah..
wassalam

Friday, 25 October 2013

Please stop it..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, terima kasih Ilahi atas segalanya.. Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari mendatang lebih baik dari hari ini.. InsyaAllah.. Alhamdulillah, hari ini berjalan dengan bauik. Terima kasih Ya Allah... cuma.. kita manusia biasa, lebih-lebih lagi kami ni orang perempuan.. Hari ni, letih dah nak dengar cite-cite darimulut orang sekeliling.. macam-macam cerita la.. tentang orang itu, tentang orang ini, tentang ma la, tentang dr la, tentang sn tu la.. macam2.. so tired.. you all perempuan, behave yourself, behave your talk.. dari sudut pandangan diri ini, tak nampak pulak ada yang tercedera di pukul, dimalukan or dilakukan apa2. cuma mulut tu asyik bercerita macam2, siap nak menyumpah2..
tak manis di dengar org dan tak manis dilihat orang... uniform yang dipakai cukup putih.. jadikan diri, kalau tidak boleh sesempurna orang lain, cukup asalkan kita jaga diri kita. jaga mulut, jaga hati dan jaga pandangan..
first sight...itu gambaran orang pada kita.. same like what we do to other... selagi mereka tak ganggu hidup kita, kita jangan la duk kutuk2 mereka kat belakang kita.. free2 je wat dosa. nak minta maaf, tak tau la bila. dapat jumpa, sekali je tapi dosa tu sampai ke mati..
please.. stop to complain about others.. just stop, look at our self and improve what we should do.. journey in our life just begin.. our jobs just in the beginning.. as a student, we can complain and blame others. when we take the responsibility, we will know what we talk to the other, we will get back..
memang tak salah untuk suka kat seseorang tapi jangan jadi fanatik sangat. jangan terlalu membenci seseorang sebab mungkin mereka lebih baik dari kita dari satu sudut lain yang kita tak nampak. kita ni orang perempuan, jangan muka je nampak cantik, mekap tebal berinci-inci tapi mulut dan hati kita penuh dengan kata2 yang tak manis didengar..
hidup kita ni sementara. kita akan berkerja dengan mereka juga dalam hidup ini. kena saling bekerjasama. Ya Allah, ampunilah dosa kami semua... Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besarnya..
 Ini sekadar luahan.. hentikanlah berkata tentang orang lain.. semua orang ada kebaikan dan keburukan.. sama juga dalam hidup dan diri kita..
maaf andai ada yang terasa..
wassalam....