KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Thursday, 24 March 2011

Birthday to me!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, demam dah sembuh.. Terima kasih ilahi..
Apa agaknya khabar dia di sana? Mesti sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.. Di mana-mana tempat belajar pun, kebanyakannya akan pening kepala dan risau.. Dengan tugasan yang berlambak, nak tumpu lak kat subjek final dan macam-macam lagi.. Huhuhu.. Tapi, tu dunia semata-mata.. Di samping sibuk mengejar kehidupan dan kejayaan dunia, sudah kah kita berjumpa dengan kekasih kita? Bukan lama mana, hanya lebih kurang 5 minit sekali sesi, 5 kali sehari.. Mana-mana yang rajin, boleh luangkan masa lebih lagi, mengalunkan bacaan yang indah kepadanya.. 
Malam ni, sejak maghrib tadi, merupakan ulangtahun kelahiran buat diri ini.. Selalu, kita meraikan ulangtahun kelahiran menggunakan tahun masihi, apa salahnya jika kita meraikannya dalam bulan hijrah pula.. Tak banyak beza pun.. Dari sehari ke sehari, usia kita tetap meningkat.. kan3...
So, Happy Birthday to Me yang ke 22 Hijrah..Moga kehidupan ini menjadi lebih lancar, sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Ilahi, dapat balas jasa mak dan bak, hidup bahagia dan sihat.. Kalau tak sihat, susah nak berjumpa dengan kekasih hati.. Hehehe..
Sempena usia yang dah meningkat, harap, ia membawa kepada permulaan kehidupan yang baru.. Sama-sama doakan k..   
Rindu pada dia di sana.. Hmmm.. Dah lama tak dengar suaranya..
Takpe lah.. Selamat malam...
Wassalam..

No comments: