KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Tuesday, 15 March 2011

Entahlah...

Assalamualaikum...
Malam semakin berlalu, beberapa jam sahaja lagi, mentari akan memancarkan sinar yang indah... Sudah beberapa ketika, diri ini tercari-cari.. Mencari sesuat yang tidak jelas... Entahlah.. Hanya itu sahaja yang mampu dikatakan.. Tidak tahu pada siapa ingin dikongsi, tidak tahu pada siapa ingin diluahkan.. Bila sendirian, tiba-tiba sahaja mutiara jernih mengalir, tanpa sebab... Kenapa ye?
Entahlah...
Beberapa hari lalu, diri ini terbaca sebuah luahan hati seorang sahabat... Bila membacanya, pelbagai persoalan yang timbul.. Macam-macam yang terlintas di fikiran.. Bila kita perhatikan sekeliling, kita akan melihat pelbagai cerita... Walau kita tidak mengalami semuanya, tapi sedikit sebanyak, kita memahami..  Mendoakan yang kita tidak akan mengalami peristiwa sedih itu..

Tapi...
Entah mengapa hati ini mudah benar tersentuh.. Bila menyebut namanya, tiba-tiba sahaja manik-manik jernih itu mengalir, hati menjadi sayu... Walaupun hakikatnya, tiada apa-apa yang diketahui... RINDU padanya.. Mungkin itulah penjelasan yang tepat.. Lama sudah tidak bersua muka dengannya, apatah lagi mendengar suara.. Terasa bagai diri ini buangan dari hidupnya.. Sedih sangat... Lebih memilukan, bila setiap hari, ada yang bertanya tentang dirinya... Tidak tahukah mereka, hati ini merindukan dirinya? Mendengar namanya, hati jadi sayu namun diluaran, semuanya nampak biasa.. Diri ini masih mampu tersenyum, ketawa dan ceria.. Tapi, di dalam, hati ini menangis, kalau boleh, ingin menjerit sekuat hati!!!
Beberapa hari lalu juga, terlihat gambarnya bersama rakan-rakan... Seronok melihat dia gembira tapi, ada perlakuannya yang mengguris hati... Diri ini merajuk tapi tidak dipedulikan.. SEDIH!!!!
Semua orang berubah, itu katanya...
Adakah dia juga sudah berubah? Menjadi seseorang yang bagaimana? Adakah menjadi manusia yang tiada perasaan kepada orang tersayang? Entahlah... Diri ini tidak pandai untuk meluahkannya.. Biarlah itu semua terpendam di dalam hati ini...
Cuma, diri ini sayang pada dia.. Banyak mana sayang dan rindu itu, biarlah ia menjadi rahsia... Walau dalam rajuk, dia tidak pernah diabaikan.. Moga dia sedar dan pada ketika itu, moga masih belum terlambat...
Umur, ajal dan maut bukan di tangan manusia, ia di tangan Tuhan Yang Maha Esa.. Diri ini berdoa, Moga dia lah kekasih di dunia dan di akhirat.. Dialah yang mampu membimbing diri ini mendekati Ilahi dan agamanya, menjadi pemimpin dan pelindung... Tidak henti-henti mengharapkannya setiap saat...
Pada sahabat yang memendam rasa itu, luahkan secara terus terang pada yang diminati.. Biar mendapat jawapan yang pasti dari tercari-cari jawapannya.. Biarlah andai tidak diterima tapi, percayalah, akan ada kebahagiaan di sebalik semua itu..
Untuk yang disayangi dan dirindui selalu, terima kasih.. Walaupun kita berjauhan dan menghadapi pelbagai dugaan, dirimu tetap disayangi, Insya Allah, selamanya..
Pada-Mu Ilahi, bantulah kami menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh keberkatan dan rahmat-Mu.. Terima Kasih Ilahi atas KASIH SAYANGMU selama ini...
Wassalam....

No comments: