KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Wednesday, 16 March 2011

Menanti Sinar...

Assalamualaikum...
Tah lah.. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saat ni... Tak tahu pada siapa nak mengadu, jadi, harap sedikit perkongsian ini dapat mengurangkan beban di hati... Bukan sengaja nak menitiskan air mata atau menagih simpati dari sesiapa.. Sekadar, meluahkan rasa yang terpendam.. Hidup ini tidak selalu indah, kadang kala ada pasang dan surut, ada sihat dan sakit serta pelbagai lagi.. Rasa putus asa salah satu punca untuk menangis.. Tah lah.. Mungkin tekanan yang datang menimpa di tambah pula dengan kegagalan sewaktu melakukan sesuatu.. Tiada sokongan dari sisi, lagi mematahkan semangat yang dulunya berkobar-kobar.. Tangisan tidak perlu dipamerkan untuk menagih simpati, tapi dilepaskan ibarat membuang segala bebanan yang dipikul.. Walau tiada yang menemani, saat menangis itu, segala masalah bagai terbang, meninggalkan kita.. Rasa segar seketika..

Sebenarnya, untuk apa malu kerana menangis? Tidak sedarkah kita yang menangis itu teman kita sejak kecil... Menangislah bila rasa ingin menangis.. Lepaskan segalanya, jangan di pendam di dalam hati, kelak, kita juga yang merana.. Yup, putus asa.. Tapi, bangkitlah semula!!!
Ibarat hujan yang melanda, langit nampak kelam berhari-hari hingga mengakibatkan banjir.. Tapi, mentari muncul akhirnya, menerangi kehidupan semula.. Hujan, mendung, panas, redup dan pelbagai lagi, semuanya penting.. Jika salah satu tiada, tidak lengkap lah kehidupan di dunia ini.. Sama juga dengan kehidupan manusia, tak semua sempurna.. Walau luaran seseorang itu sentiasa gembira tapi percayalah, jauh di lubuk hatinya, dia juga pernah kecewa, pernah menangis dan mungkin juga gelak ketawa yang diberi sekadar menutup segala kedukaannya..
Insya Allah, diri ini cuba untuk bangkit kembali, mencari kembali semangat yang hampir hilang seketika tadi.. Walau keseorangan menempuhnya tika ini, moga esok dan masa mendatang, ada yang sudi menemani untuk selamanya.. Ya Allah, ampunilah kami andai kami merasa berputus asa, kuatkanlah semangat kami, agar kami terus maju ke hadapan, bangkit dari kegagalan...Petunjukilah kami ke jalan-Mu dan bantulah kami semua..
Walau hujan menitis, tapi mentari pasti akan memancarkan cahaya walau seketika.. Sinar pasti ada, Carilah ia, jangan pernah berputus asa.. Insya Allah..
Wassalam..

No comments: