KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Wednesday, 9 March 2011

RINDU...

Assalamualaikum...
Apa ada pada RINDU? Macam2 orang akan jawab bila diajukan soalan sebegitu.. Rindu itu indah dan kadangkala ia menyakitkan.. Betul tak? Kalau setuju, angkat tangan.. Hehehe.. Bila ucap rindu, pasti di dalam hati terdetik satu rasa yang susah nak diucapkan.. Satu rasa yang susah nak diterangkan dan diungkap.. Tapi, 'bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu'... Ibarat lirik lagu "Bila Rindu" nyanyian Kumpulan Ruffedge.. Rindu bukan hanya pada kekasih semata-mata tapi jua untuk ibu bapa, abang, kakak, adik, teman, kawan, rakan, kucing dan paling utama, Allah.. Bila rindu, itu yang menguatkan rasa sayang dan cinta.. Dalam sedar dan tidak, bila hati merindu, kita mula jauh meninggalkan dunia nyata, kembali ke dunia khayalan, dunia angan2 dan dunia kenangan... Kerana rindu, tiba2 mutiara jernih mengalir tanpa diminta dan dipaksa, menitis mengalir perlahan di atas pipi dan jatuh ke lantai.. Mutiara itu bukan sia2, itu tanda kasih sayang kita, kerinduan kita, perasaan kita.. Mengenang sesuatu yang berlaku, samada bahagia, kecewa, terluka dan sebagainya... Saat itu juga, kita lupa segala beban yang ada, terasa fikiran ringan sahaja, tidak fikirkan apa2..
R.I.N.D.U...

Kerana rindu juga, tiba2 seseorang itu menjadi lebih bersemangat, menjadi ceria kerana dia tahu di sebalik kerinduan itu, ada bahagia yang akan menjelma.. Seperti rindu untuk bersua, rindu untuk berjumpa, rindu untuk berkata2... Dengan siapa? Sesiapa sahaja.. Kepada emak, ayah, kekasih, teman.. Ada juga rindu pada air tangan emak atau ibu atau umi atau mama...Tahu tak, saat kita bersedih, tiba2 kita jadi rindu pada masakan emak kita, masakan dari air tangan mereka.. Tika itu, makanan yang mahal dan paling sedap pun tak dapat tandingi masakan emak..Masa tu juga lah, kita rasa nak terbang je, nak segera jumpa mak, nak makan masakan mak.. Nak jumpa mak, melihat wajahnya, mendengar suaranya, memeluk dirinya.. Jika bukan kerana rindu, entah apa yang terjadi kepada kita... Kasih sayang membentuk rindu, walaupun kita pernah kecewa.. RINDU itu indah.. Hargai setiap perasaan yang hadir.. Lepaskan segala-gala yang terbuku di hati dan perasaan agar kita lebih menghargai selagi masih berkesempatan..

Tajuk/Lirik Lagu: Bila Rindu
Penyanyi: Ruffedge

huuuu..hu hu huu..
Di keheningan malam
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg di sayang
Bagai kau di depan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu
Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam
Jauh terbang diri ku melayang
Aku rindu
Sentuhan mu ku rasa sayu
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini
Bawa ku dalam pelangi
Melepasi batas diri ini
Jauh angan ku lena
Ku rasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisi ku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua.. ooooo..

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula
Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

No comments: