Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih punya kesempatan lagi..
Hari ni, rata-rata orang akan ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing, mengingati ibu masing-masing, menyampaikan puisi dan macam-macam lagi.. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, hari ini, ramai ibu yang gembira sebab anak-anak ingati mereka..
Tapi, bila hari ini berlalu, anak-anak akan lupakan ibu mereka.. Anak-anak tidak lagi menghubungi ibu, tidak lagi bertanya khabar dan sebagainya..
Seharusnya, sebagai anak, tidak kira hari apa, bulan apa or apa-apa la, ibu harus sentiasa di hati.. Harus terus hubungi ibu, bertanya khabar mereka.. Kalau tidak boleh setiap hari, carilah masa agar ibu tidak merindui kita.. Sebab, bila ibu merindui kita, agaknya, bagaimana la keadaannya..
Menjadi seorang ibu, bukan tugas yang mudah.. Bukan sahaja perlu mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari, bagi ibu yang alah semasa mengandung pula, lagi bertambah dugaannya.. Bila anak sudah lahir, anak dijaga cukup sempurna.. Disusukan, dimandikan, dibelai, didodoi, diubati, disuapkan makanan, diajar berjalan, diajar anak itu bercakap dan pelbagai lagi.. Untuk melihat anak membesar, si ibu tidak tidur lena di waktu malam, menjaga anak yang terjaga..
Jika dibicara tentang pengorbanan ibu, entahkan berapa lama masa yang diperlukan.. Kerana, setiap saat, akan ada sahaja pengorbanan yang dilakukan..
Walau apa pun, itu adalah tanggungjawab ibu.. Oleh itu, kita sebagai anak, harus pula melakukan kewajipan kita kepada mereka.. Ok?
So, jangan lupa untuk sentiasa mendoakan mereka dan menyayangi mereka setiap saat k walaupun kamu semua sudah berkeluarga.. Ingat tau.. hehehe..
Alang-alang semua memberi ucapan pada ibu tersayang, diri ni pun nak ucap juga lah...
To my mak, Puan Aminah Binti Awang, Selamat Hari Ibu.. Maaf sebab anakmu ini berada jauh dari sisimu tapi, anakmu ini sentiasa menyayangi dan mendoakan mak.. Moga mak terus sihat, ceria, bahagia bersama suami tersayang.. Rindu kat masakan mak yang sedap tu.. Rindunya...
And, to all mother, Happy Mother Day.. May Allah Bless you all..
Wassalam..

No comments:
Post a Comment