KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Friday, 6 May 2011

mmm...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah atas masa yang telah Engkau berikan kepada kami selama ini..
Hari ini, hati ini terasa sedikit.. Mungkin sebab ia cepat sensitif... Mungkin bagi sesetengah orang, perkara begini adalah biasa.. Tapi, tidak pada hati dan diri ini...
Masih mencari jawapan kepada apa yang telah berlaku...
Mencari kekurangan yang ada pada diri hingga diperlakukan sebegitu..
Bukan sehari dua perkenalan itu...
Mengapa harus di layan begini..
Maaf andai semua tidak mengerti...
Diri ini merasa segan untuk menceritakan punca masalah yang sebenar..
Biarlah masalah ini, di pendamkan di dalam hati..
Cuma, sekadar meluahkan rasa di hati yang teramat sayu..
Mencari salah dan silap...
...
Di sebabkan perkara ini, hari ini, kebanyakan laman sosial yang dimiliki, telah ditamatkan riwayatnya...
Bukan berniat nak melarikan diri, cuma ...
Entah bagaimana nak menghadapi hari-hari yang mendatang..
Terasa malu pada semua, terutamanya pada-Mu, Ya Allah, pada mak dan bak, pada kaum keluarga dan pada semua yang mengenali..
Namun, ada seorang sahabat cuma untuk menghiburkan hati..
Dia mencuba untuk mencarikan jalan penyelesaiannya dan membuat diri ini tersenyum..
Terima kasih sahabat...
Tapi, dalam hidup ini, kadang-kadang, bila kita bersedih dan menangis, ia dapat membantu mengurangkan beban di dada itu..
Semua orang punya kelemahan.. Antara sedar dan tidak sahaja..
Walau perit, ia harus ditelan jua..
Kehidupan harus diteruskan..
Bangunlah semula.. Kejarlah impian yang masih jauh itu selagi masih diberi nyawa...
Terima kasih Ilahi...
Masih memberikan kasih sayang-Mu...
Wassalam...

No comments: