KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Sunday, 22 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh.. Al-Fatihah...


Assalamualaikum..
Semalam, kita mendengar sebuah berita tentang tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.. Pukul 5 pagi tadi, mangsa terakhir telah ditemui. Kejadian yang berlaku awal pukul 2 petang semalam, membuatkan ramai orang terkejut dan bersimpati.. Hari ini, kesemua mangsa yang terkorban sudah dikebumikan.. Namun, masih terlihat kesedihan di mata dan di wajah ahli keluarga mangsa.. Bagi mangsa yang terselamat, alhamdulillah.. Namun, mereka masih lagi trauma.. Kejadian yang meragut 16 nyawa ini pasti meninggalkan kesan bagi kita semua.. Lebih-lebih lagi, kebanyakan mangsa masih lagi bergelar anak-anak kecil.. Sayu bila melihat gambar ketika mangsa diselamatkan, melihat berita tentang mereka, melihat waris-waris mereka berkata-kata dan pelbagai lagi.. Sesiapa yang melihat walau dari jauh macam diri ni, hati ni rasa teramat sedih.. Namun, setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya.. Jadi, sama-samalah kita beringat sentiasa..

BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.BANTU... antara anak yatim yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh.
Antara yang selamat..



Mari kita sedekah kan surah Al-Fatihah buat semua jenazah tersebut.. Al-Fatihah..


Wassalam..
* gambar dari mymetro

2 comments:

Alif said...

smoga roh mereka dicucuri rahmat..

azs said...

amiin... mudah-mudahan begitulah..