KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Sunday, 19 June 2011

Buat insan bergelar AYAH...

Assalamualaikum...
Hari ni, seluruh dunia meraikan Hari Bapa.. Alhamdulillah, diri ini masih lagi berkesempatan untuk memeluk, mendengar suara dan mencium pipi ayahanda tercinta walaupun bukan pada hari ini.. Namun, jarak ini tidak membataskan diri untuk mengucapkannya kepada ayahanda tercinta.. Walau kadang-kadang, ayahanda diam sahaja tapi diri ini tahu, jauh di lubuk hatinya, dia merasa terharu.. Buat ayahanda tercinta, Encik Ismail Bin Haji Omar, terima kasih kerana selama ini dikau telah menjaga, mendidik, membelai, mencari rezeki untuk ana-anakmu dan keluargamu.. Segala pengorbanan, titik peluhmu yang menitis di muka bumi ini, segala kesah keluh yang dikau pendam di dalam hati, hanya Allah mampu membalas segalanya... Alhamdulillah, kesemua anakmu telah berjaya.. Segala pengorbanan yang dilakukan tidak sia-sia.. Terima kasih Ilahi kerana memberi kami seorang ayah yang bertanggungjawab..
Buat kawan-kawan yang tidak lagi berkesempatan untuk bersama ayahanda tercinta, mari kita titipkan doa buat roh mereka di sana.. Moga, roh mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. Al-Fatihah...

Jarang kita dengar, orang bercerita tentang kasih sayang seorang lelaki atau lebih mesra dengan panggilan ayah, papa, bak, abah, appa, ayahanda, baba dan sebagainya..
Bukan tidak menghargai cuma, mereka ini lebih suka memendam segala rasa di dalam hati.. Tugas yang dipikul sebagai pemimpin keluarga, tetap digalas walau di mana sahaja mereka berada..
Di saat mereka bakal bergelar bapa, pasti senyuman manis terserlah di wajah mereka..
Perasaan di hati tidak mampu di tampung lagi..
Semangat untuk mengumpul rezeki untuk cahaya mata semakin menyala-nyala..
Tidak pula berkira dalam menyediakan persiapan di saat cahaya mata akan menjengah dunia..
Saat cahaya mata selamat dilahirkan, tangannya bergetar untuk memeluk si anak kecil, terasa gembira yang teramat sangat..
Dipeluk si kecil, di azan dan di iqamat di telinga si kecil..
Bila si kecil semakin membesar, si ayah sanggup membantu si ibu untuk menjaga si kecil saat si kecil menangis di waktu malam..
Tangan kasar si ayah, membelai-belai si anak, mengajar anak bertatih-tatih untuk menjelajah alam..
Kepenatan dalam mencari rezeki, tidak pernah di fikirkan bila melihat si kecil semakin membesar..
Saat anak menjejakkan kaki ke tadika, ayah sanggup membonceng motor, menghantar anak dan mengambil saat pulang..
Semua demi masa depan anak.. Bukan hanya duit dilabur untuk anak-anak, tapi juga keringat dan masa lapang mereka..
Bukan hanya ilmu dunia yang di beri, tapi juga ilmu akhirat..
Dari kecil, masuk ke sekolah rendah, ke sekolah menengah hingga ke peringkat tinggi, doa si ayah dan si ibu tidak pernah putus..
Duhai ayah...
Jika setiap pengorbananmu ku titip
Tidak mampu untuk ku membalasnya
Di bahumu terpikul amanah yang berat
Mulutmu yang terkunci rapat
Tidak pernah mengeluh atas segala kesusahan
Duhai ayah...
Terima kasih kerana menjaga kami
Membekalkan kami dengan ilmu dunia dan akhirat
Melatih kami menjadi orang yang kuat
Duhai ayah...
Maafkan segala dosa kami
Dosa anak lelaki sehingga mereka baligh
Dosa anak perempuan sehingga mereka berkahwin
Duhai ayah...
Moga titisan yang menitik di pipimu
Adalah titisan kegembiraan
Titisan yang menggambarkan
Betapa leganya hatimu..
Duhai ayah...
Moga hidupmu sentiasa bahagia
Bersama isteri dan anak tersayang..
Duhai ayah...
Kami merinduimu...

Buat ayahanda, terima kasih atas segalanya..

6 comments:

Alif said...

selamat hari bapa...
semoga bapa2 didunia ini diberkati Allah dan berbahgia selalu...

azs said...

Amiin... Mudah-mudahan begitulah.. Alif pun nanti, bakal bergelar bapa bila sudah berumahtangga.. ;)

Alif said...

Lama lagi kot,
ntah bile agaknye...

azs said...

hihihi... jgn mcm tu.. Insya Allah, nanti sampai masanya.. ;-)

Alif said...

wait n see je la..
haha

azs said...

owkey.. i will wait and see.. hehehe :)