KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Monday, 6 June 2011

Komen please...

Assalamualaikum...
Hari ni, bukan nak menceritakan keburukan seseorang atau nak mengumpat atau sebagainya.. Cuma, sekadar ingin berkongsi kisah dan berharap, akan ada yang sudi memberi pandangan akan isu ini...
Bukan niat nak jadi penyibuk tapi, hati tersentuh bila terbaca satu pertelingkahan antara 2 keluarga di satu laman sosial ni.. Isu nya, maybe kecil tapi, bila ibu dah masuk campur, ia menjadi satu hal yang lebih besar.. Kita sebagai pemerhati, hanya boleh memerhati dan mendengar tapi jangan sesekali membuat keputusan secara terjah je.. Sebenarnya, banyak isu yang bakal terkait di sini.. Tak tahu macam mana nak cerita tanpa menyentuh mana-mana pihak.. So, hope, faham-faham je la ringkasannya ini.. Hehehe..
Ini kisah antara 2 buah keluarga sepasang kekasih.. Kesnya, ada la salah seorang dari ahli keluarga si perempuan buat salah dekat kekasih perempuan tu.. Then, si lelaki ni jumpa la family si perempuan ni, nak beritahu anak dia buat silap.. Then, entah macam mana, si emak perempuan ni jadi panas hati, siap marah kat wall laman sosial anak perempuan dia yang sedang bercinta tu.. Yang tak tahan, sedih bila dengar bahasa dan ayat yang si emak ni gunakan.. Dan lebih sayu bila si adik join sekali marah si kakak.. Ish, tak sanggup nak ulang ayat yang dinyatakan di situ.. Sebab, ayat dia memang terlalu-lalu over.. Ayat yang berbahaya bagi seorang anak..

Tak cukup dengan tu, si emak perempuan ni, siap cari hal dengan bakal menantu dia tu (kekasih anaknya).. Dekat wall laman sosial si lelaki ni, si emak tu ajak berbincang tapi ayat ganas woo, ajak gaduh.. Tapi, yang sempoinya, si lelaki ni leh rileks je.. Cuma, adik-beradik dia yang back up.. So, bila hal ini terjadi, berlakulah pertengkaran di laman sosial tersebut.. Ayat yang terkeluar, memang panas giler lah.. Dari isu kecil (yang mula-mula tu), terus terjebak ke isu besar seperti ajaran mak ayah, isu agama, perbezaan darjat antara 2 keluarga tersebut, restu akan perhubungan cinta si anak dan pelbagai lagi..
Hati ni, mula lah tersentuh.. Tup-tup, mengalir je air mata membaca ayat-ayat tersebut...
So, tak tahulah apa kesudahan isu antara mereka.. Moga, segalanya baik belaka lah..
Cuma, diri ini nak la minta pandangan you all...
1) Kalau perhubungan tidak direstui oleh parent, agak-agak, korang nak tak teruskan perhubungan tu or ikut cakap parent?
2)Kalau 2 2 family dah bertegang urat, macam mana la nak satukan ek?
3)Kalau mak korang cakap yang korang ni anak der**** sebab bercinta dengan kekasih korang, pe yang korang akan buat?
4)Kalau darjat turut menjadi masalah, macam mana nak setelkan?
Dan, macam-macam lagi lah..
Sebenarnya, bila hal itu terjadi pada seseorang, kita cuma boleh mendengar sahaja.. Bila ia terjadi pada diri kita, kita pun tak tahu apa yang bakal kita lakukan.. Entahkan tabah atau tidak.. Tapi, sedikit pesanan buat diri ini dan semua.. Jangan mencari masalah dengan keluarga terutama mak dan ayah sebab merekalah penentu Syurga kita tapi, tegur mereka jika mereka alpa hingga membawa kita ke arah yang bertentangan dengan ajaran Islam..
Apa-apa pun, hope masalah ni tak berjangkit kepada orang lain dan terutama sekali pada diri ini.. Amiin..
K lah, ada masa, Insya Allah, jumpa lagi..
Wassalam..

No comments: