KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Friday, 22 July 2011

HiPoKrIt???

Assalamualaikum..
Hipokrit... Salah ke hipokrit? Maybe, salah kalau ia membawa kepada keburukan.. Tapi, kadang-kadang tak semua orang yang hipokrit tu teruk.. Hipokrit ni, bahasa dia macam agak kasar.. Kalau bahasa lembutnya, berpura-pura atau berselindung.. Betul ke? Betul la kan.. Sebab, tak semua orang akan ceritakan segalanya pada semua orang yang lain.. Kalau kita panggil hipokrit, automatik kita akan fikir ia kepada kejahatan.. Kalau kita kata, rahsia, ia lebih kepada perkara yang kita ingin sembunyikan.. Kalau orang tu menyembunyikan keburukan sesuatu tu dan menceritakan yang indah-indah sahaja, korang akan panggil itu sebagai apa ye?
Pernah tak korang buat perkara tu? Melupakan perkara yang tak indah dan hanya bercerita yang indah agar orang menganggap korang tu sentiasa happy dengan apa yang korang jalani.. Walhal, hidup korang tidaklah begitu sempurna.. Korang juga ada masanya bersedih, kecewa, tersentap, putus asa dan sebagainya.. Cuma, korang tak mahu menceritakan segalanya kepada orang lain.. Bukan tak mahu cerita cuma, tidak tahu bagaimana dan ia bagaikan tersimpan jauh dalam lubuk hati korang.. Adakah ini satu hipokrit???
Salah ke orang yang merahsiakan kekecewaannya dari orang lain? Tapi, bila orang mengetahui ceritanya, adakah dia seorang penipu?
Perlukah dia meluahkan segala yang terbuku di hatinya?
hhmmm..
Biarkan ia tergantung di sini...
Selamat malam.. Maaf andai ada bicara yang tidak menyenangkan..
Wassalam..

3 comments:

Alif said...

La Tahzan,Innallaha ma'ana

Alif Haris said...

err rasanya tu bkn hipokrit ..hehe :D

azs said...

Alif : ;)

Alif Haris : so, apa ek nak panggil? ce gtau.. hehe