Assalamualaikum..
Alhamdulillah, bersua kembali.. Pertama sekali, sorry jika kebanyakan cerita tentang perasaan.. Bukan apa, jiwa kacau.. Hahaha..
Awal pagi ni, nak berjiwang yang tak berapa la sangat.. Agaknya la kot..
Macam mana ek nak mulakan cerita kali ni?
Ok..
Kebanyakan yang bercinta, mesti selalu berdating dan berjumpa.. Jarang la masa yang terluang tu tak diisi dengan perjumpaan bersama tersayang, betul tak? Hehehe.. Best kan? Tapi, ada juga yang jarang berjumpa.. Banyak faktor.. Salah satu, duk jauh antara satu sama lain, kesibukan kerja, tiada masa pertemuan yang sesuai dan macam-macam lagi la..
Alhamdulillah, bersua kembali.. Pertama sekali, sorry jika kebanyakan cerita tentang perasaan.. Bukan apa, jiwa kacau.. Hahaha..
Awal pagi ni, nak berjiwang yang tak berapa la sangat.. Agaknya la kot..
Macam mana ek nak mulakan cerita kali ni?
Ok..
Kebanyakan yang bercinta, mesti selalu berdating dan berjumpa.. Jarang la masa yang terluang tu tak diisi dengan perjumpaan bersama tersayang, betul tak? Hehehe.. Best kan? Tapi, ada juga yang jarang berjumpa.. Banyak faktor.. Salah satu, duk jauh antara satu sama lain, kesibukan kerja, tiada masa pertemuan yang sesuai dan macam-macam lagi la..
So, berbalik pada tajuk di atas.. (Ayat tak leh blah, macam nak berpidato lak.. hehe)
Apa yang ya dan apa yang tidak?
Nak cerita tentang cinta jarak jauh la ni.. hehe..
Kalau orang yang bercinta jarak jauh ni, agak-agak berapa kali dalam 365 hari tu mereka berjumpa? Mestilah jarang-jarangkan tapi paling tidak pun, sebulan 2 kali kot.. Tu tak termasuk kalau nak sambut anniversary la, hari lahir la, hari raya lagi dan cuti-cuti umum di Malaysia.. Kan kan kan?
Berapa banyak agaknya mesej yang dihantar, tak termasuk berbual menggunakan telefon, fb, ms, blog, ym dan pelbagai lagi?
Mesti hari-hari kena topup, hari-hari online, time kerja pun sibuk nak bersms.. Kan kan kan?
Tu belum tanya berapa kot-kot ada lak pos hadiah ke, surat ke, kad ke dan bermacam lagi..
Wow, susah juga ek duk berjauhan ni tapi untungla gak, sebab saling ambil berat antara satu sama lain..
Macam mana lak dengan kes ni..
Bercinta jarak jauh juga, tapi dalam 365 hari tu, jumpa hanya sekali setahun.. Di tekankan, sekali je setahun.. Tak sure la bila depa jumpa kan..
SMS, call, ym , fb dan yang seangkatan dengannya lak, jarang-jarang.. Sebulan, nak kata takde tu, mungkin la ada kan..
Nak bagi hadiah or sebagainya pun takde..
Ha.. Camne tu?
Agak-agakkan, macam mana ek perhubungan itu berterusan? Bakal bersatukah mereka? Ada salah sesiapa ke? Ada cara ke nak tolong mereka?
Inilah yang YA atau TIDAK..
Ya ke nak bercinta hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat atau sekadar nak main-mainkan perasaan?
YA ke perhubungan itu dijalinkan dengan serius dalam keadaan sebegitu?
YA ke awak sayang saya?
YA ke awak serius dengan perhubungan ini?
YA ke janji-janji yang awak lafazkan atau sekadar omongan kosong je?
YA ke awak cinta saya?
YA ke saya patut percaya pada awak?
YA ke awak tak curang?
YA ke awak prihatin pada saya?
Dan, macam-macam lagi la persoalannya..
Apa yang TIDAK?
TIDAK ke boleh berlaku penipuan di dalam perhubungan itu?
TIDAK ke boleh timbul pelbagai keraguan setiap hari..
TIDAK ke kemungkinan besar berlakunya kes patah hati?
TIDAK ke hari-hari dilalui sunyi?
Dan, sebagainya..
So, macam mana ek nak setel masalah ni?
Tah lah.. Tak jumpa selalu, ok la kan tapi kalau setahun sekali, macam parah je nampaknya.. Dah serupa macam raya lak.. Tapi, raya pun 2 kali setahun tau untuk Orang Islam.. Raya Aidilfitri dan Raya Haji.. Kalau nak kata puasa, memang la setahun sekali tapi sekali tu ada dalam 30 hari, tu pun kalau ada kesempatan, akan dituruti dengan puasa sunat dan puasa ganti pada lain-lain bulan.. Kan kan kan??
Bertanya khabar dan mengambil tahu pun jarang-jarang.. Macam mana ek nak tahu perkembangan kekasih kalau langsung tak ambil berat.. Tak kan la tergamak buat macam tu.. Tak kan kot, kekasih dah sakit tenat baru nak tunjukkan, ye dak?
Ni pendapat diri ni.. Hope, takde yang marah sebab memang hakikat, tak semua orang itu sama.. Ni bagi sesetengah orang sahaja tau..
Bagi perempuan yang jenis ambil serius terhadap sesuatu tu, kalau lelaki kata nak bercinta dengan dia secara serius, walau jarang berjumpa, dia tetap pegang kata-kata tu.. Dia tetap percaya pada lelaki tu walau apa pun yang terjadi.. Walau ramai yang minta dia jangan terlalu mengharap, tapi bagi perempuan yang ambil serius, dia tetap akan kuatkan semangat.. Tapi, bila akhirnya dia terluka, pasti parah sebab lepas tu, dia akan berdendam pada lelaki dan menutup pintu hati untuk lelaki lain.. Betul kan?
Bagi perempuan yang jenis manja lak, tak boleh berpisah jauh sikit or lelaki senyap sikit je, mesti akan putuskan hubungan itu sendiri dan cari lain.. Ada juga yang macam tu kan? Dan yang lain-lain lagi..
Begitu juga dengan lelaki.. Ada yang jenis ambil serius, ada yang jenis nak main-main, ada yang jenis tak leh berjauhan dan pelbagai la.. Kan? So, sama je lelaki dan perempuan ni Allah jadikan, cuma berbeza pada siapa orangnya je.. Semua orang tak sama.. Itu yang uniknya manusia..
So, kesimpulannya.. Kalau nak bercinta jarak jauh ni, kalau boleh, jangan la mengambil kesempatan yang keterlaluan sangat.. Perhubungan yang dijalin ni, kena jaga sebaiknya kerana ia mampu mengundang bahagia dan juga bahaya.. Jangan mengambil mudah dalam setiap perkara.. Mengambil berat adalah paling penting tapi jangan sampai buat orang tersayang terasa rimas.. Jika benar sayang dan ikhlas, katakan YA dengan sejujurnya.. Jika ingin mempermainkan perasaan orang, katakan TIDAk sejak dari awal.. Kerana, setiap perbuatan yang kita lakukan ini, pasti akan berlaku kembali kepada kita kerana hidup ini diibaratkan bagai sebiji roda.. Sentiasa berpusing.. Kejap di atas, kejap di bawah..
So, sentiasa berjaga-jaga.. Yang paling penting, setiap hari, 5 kali kita semua bertemu dengan KEKASIH kita walau di mana sahaja kita berada.. Ada juga yang berpeluang jumpa lebih dari itu kan..
Last, sorry to all jika ada yang terasa..Jika panjang usia, bersua kembali.. Selamat malam, moga kita sentiasa dirahmati oleh-Nya..
Wassalam..
6 comments:
yeahh ! betul2 .. yg penting 5 kali sehari kita jumpe KEKASIH kita awal dan akhir ..
insyaAllah klu cinta kita pd DIA terbaik,insyaAllah setiap hubungan dan cinta kita pd sesama manusia akan terjaga sntiasa :)
hehe.. that right.. DIA lah KEKASIH kita semua awal dan akhir.. Moga-moga, DIA membantu kita dalam menjaga perhubungan sesama manusia di dunia ini.. ^_^
dalam sesuatu perhubungan sesama manusia jgnlah letakkan 100% perasaan/kepercayaan terhadap pasangan,letakkan walau 5% itu utk diri sendiri,jika terjadi sesuatu senang utk diri sendiri menerima hakikat dan meneruskan hidup...
hehe,
betul gak tu.. tapi, walau tak letak 100%, kalau terjadi sesuatu, bagi yang tak kuat semangat, sure buat yang bukan-bukan.. hope, tak la macam tu kan..
kepercayaan yang paling tinggi adalah milik Allah,
hanya kpd Allah kite berserah dan kepada Allah kita bermohon...
Thanks Alif.. Insya Allah, akan sentiasa ingat.. Sebab, kadang-kadang, alpa seketika bila berada dalam keadaan duka..
Post a Comment