Assalamualaikum...
Rindu kisah yang lalu..
Kisah yang tak mungkin kembali
Tapi ia mungkin berulang
Cuma berbeza waktu, ketika dan tempat..
Kisah itu tetap terpahat di hati..
Moga, kisah itu tetap di situ
Tetap diingati oleh orang yang mengalaminya
Kisah itu tidak perlu berulang
Kerana jika berulang
Manisnya tidak sama
Jika ia berulang
Mungkin bukan lagi kisah yang sama
Mungkin bukan orang yang sama
Mungkin bukan lagi cerita yang sama...
Biarkan kisah ini diingati
Biarkan ia menjadi cerita yang sama
Biarkan ia membawa orang yang sama
Biarkan kenangan ini kekal sama selamanya...
Masa sudah lama berlalu
Usia juga semakin jauh meninggalkan kita
Tapi
Kenangan itu tetap sama
Kenangan manis, pahit, suka, duka
Ia tetap kenangan dan kisah
Sentiasa terpahat utuh
Kekal selamanya
Walau dibuang atau dilupakan
Ia tetap menjadi
KENANGAN
KITA...
Wassalam..
6 comments:
kenangan tidak akan pernah hilang
dan kenangan boleh bertukar rasa
:-)
Kenangan mungkin dilupakan, itulah yang menyebabkan ia bertukar rasa.. Untuk mengekalkan rasanya, ingatilah dan hargailah ia selagi terdaya... ^,^
kenangan demi kenangan,manis pahit,memang kena telan...
jangan takut utk menghadapi perkara yang mendatang...
Kenangan itu memang indah tak kira apa pun rasanya, kan? Insya Allah, akan cuba menghadapi setiap perkara yang mendatang dengan sebaiknya.. Mudah-mudahab.. ;)
biarkan kenangan itu mnjdi pengalamn hidup :)
yg manis biarkan jadi senyuman di bibir
yg pahit biarkan jadi kekuatan diri kita :) okeyh
owkey.. :) Insya Allah, setiap yang terjadi, tetap dijadikan pengalaman dan pengajaran dalam hidup.. (^,-)
Post a Comment