Assalamualaikum w.b.t..
Firstly, nak ucap thanks to Alif sebab dah buka isu ni.. Bukan la isu mana pun, just dah lama terasa nak tulis tapi malas.. Tapi, sebab kawan kita ni dah beri pandangannya, so jom kita share pandangan bersama.. Ok?
Kali ni, bukan nak burukkan atau nak puji kaum Adam tau, cuma nak beri pandangan dari sudut pandang diri ini.. Betul atau salah, anda semua boleh tentukan sendiri..
Sebenarnya, lelaki ni unik.. Sebab tu Allah memilih lelaki sebagai Khalifah dan pemimpin, tak kira dalam hal agama, keluarga, negara dan sebagainya.. Betul tak? Tak percaya? Diri ni cakap after fikir dan memerhati sekeliling selama hidup setakat ini.. Jom kita lihat beberapa keunikan lelaki yang Allah cipta dan kurniakan kepada mereka...
1. Lelaki ni akan buat keputusan yang tepat after berfikir dalam tempoh masa yang lama.. Kadang-kadang, keputusan itu melukakan orang sekeliling (saat keputusan dibuat) tapi ini kerana mereka memikir akibat keputusan itu untuk jangka masa yang panjang (maybe untuk jangka masa 10-15 tahun akan datang) berbanding wanita yang berfikir mengikut emosi dan keadaan semasa..
2. Lelaki ni suka pendam kesedihan dan keperitan yang dialami untuk menjaga perasaan orang lain.. Tapi, saat mereka benar-benar tidak dapat menahan perasaan, mereka akan meluahkannya hanya sekali sahaja dan biarkan ia berlalu.. Berbanding wanita yang suka meluahkan perasaan dan menyimpan segala yang berlaku di dalam hati..
3. Lelaki kalau marah, akan lepaskan kemarahan tapi jarang bertindak melulu.. Mereka masih boleh mengawal emosi dari terlalu menurut nafsu amarah itu.. Sebab itu lafaz talak terletak kepada mereka.. Berbanding wanita, kalau marah je, macam-macam yang mereka kata tanpa sedar kerana tidak berfikir, hanya melepaskan amarah dan mengikut hawa nafsu.. Tapi, bila dah cool, mula la menyesal atas setiap ucapan...
4. Lelaki ni dikurniakan sifat berani.. Bukan bermaksud wanita itu tidak berani tetapi keberanian yang memang lahir secara semulajadi dalam diri lelaki itu menjadikan mereka tabah harungi setiap dugaan, menempuh segala halangan dan sanggup hadapi segalanya tanpa rungutan..
5. Seandainya pergaduhan tercetus, kebanyakan lelaki lebih suka mendiamkan diri dari berdepan dengan pergaduhan itu.. Ini bukan sebab mereka takut atau ego, tapi mereka tahu yang masa itu, tiada penyelesaian dapat dicapai melainkan akan mengakibatkan pergaduhan yang lebih besar.. Tetapi, bagi wanita, mereka memerlukan penyelesaian secepat mungkin..
6. Cara pemikiran lelaki ini terlalu kompleks dan sukar untuk difahami.. Mereka memikir sesuatu hal itu dengan lebih mendalam berbanding wanita yang boleh fikir macam-macam dalam satu masa..
7. Lelaki kebanyakannya, kurang bercakap berbanding wanita.. Mereka hanya akan bercakap apabila perlu dan menyampaikan perkara penting berbanding wanita yang boleh bercakap tentang apa sahaja sambil membuat pelbagai kerja dalam satu masa..
8. Lelaki ni, jarang tunjukkan kasih sayangnya pada orang yang dia sayang secara terang-terangan, hingga buat orang yang dia sayang itu terasa diabaikan.. Jangan tidak percaya andai sebenarnya, kasih sayangnya tidak terhitung.. Mereka cuma ingin memerhati dari jauh, menduga wanita itu.. Satu saat, mereka akan berikan yang terbaik untuk orang yang tersayang...
9. Ego lelaki itu, nampak macam terlalu sukar untuk ditembusi.. Sebenarnya, ego mereka juga selalu direndahkan untuk sesuatu..
10. Lelaki suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan kerana mereka ingin meluangkan masa sebagai lelaki.. Jiwa lelaki dan perempuan memang berbeza..
Lelaki ini, terlalu sukar untuk diterangkan.. Bagi wanita, ambil masa untuk memahami seorang lelaki.. Fahamilah ayahmu, abangmu, adik lelaki kamu, kawan-kawan lelaki kamu, buah hati dan insan yang bergelar lelaki.. Apa yang dinyatakan di sini hanya sedikit sahaja tentang mereka.. Tetapi, kebanyakannya hampir tepat.. Jika pandangan ini salah, ini kerana tidak semua lelaki itu sama..
Bagi lelaki, anda kena juga fahami wanita..
Maaf andai ada yang tidak kena.. Kebanyakan yang dinyatakan di sini selepas penilikan, pemerhatian, pembacaan dan serba sedikit pengalaman hidup.. Terima kasih semua.. Selamat malam..
Wassalam..
9 comments:
hurm .. lebih kurang la ..hehe^^
uurm...lelaki? sape alif tue..hhehe..msti nak puji alif kan.. hehe..ad yg saya stuju ngn awk..:-)
Alif Haris : hehe.. ni cuma pandangan dari sy je.. ;)
Princess Laloli : Alif ni pun blogger juga.. Boleh la terjah blog dia k.. Thanks.. Ada yg sama, ada juga yang tak tepat.. ;-)
hahaha...
lelaki dan perempuan saling melengkapi...
selamat hari raya azie,may Allah bless U...maaf zahir dan batin...
Thank you Alif.. Betul tu,sebab tu Allah jadikan semua berpasangan.. Cuma, ada yang tak nak percaya je..
Selamat hari raya juga buat Alif dan keluarga.. Terima kasih atas doanya.. Maaf zahir dan batin juga kalau ada salah dan silap.. :)
perbezaan yang ada pada lelaki dan perempuan akan melengkapkan satu sama lain...
lelaki akan kata women is complicated and sy akan kata lelaki lah paling komplikated sebenarnye..hehe
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin~~
hehe.. betul betul betul... setuju dengan Cikmemy.. Selamat berhari raya juga buat Cikmemy.. Jangan marah kalau ada terasa dalam usikan ye.. Cuma nak mengeratkan sillaturrahim je.. :)
senang cite dua-dua komplited...
hahaha.. tapi, both ada keistimewaan dan kekurangan masing2.. 2 2 istimewa.. Itulah indahnya ciptaan Ilahi.. ;-)
Post a Comment