Assalamualaikum..
Alhamdulillah, semakin selesa berada dalam bulan yang mulia ini.. Terima kasih Ilahi atas kesempatan ini..
Beberapa kisah lalu, macam tergantung je kan? Sorry.. Bukan tak mahu memperjelaskan cuma segan untuk meluahkan pada manusia.. Tapi, mungkin ada yang mengetahui.. Apa-apa pun, diri ini mohon kemaafan dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas semua sokongan, pandangan, pendapat dan kesemua yang kalian hulurkan.. You alls memang yang terbaik.. Walau kita semua tidak kenal secara detail tapi sokongan yang diberi dan jalinan persahabatan walau dalam dunia maya ini, ia amat-amat berharga.. Mudah-mudahan jalinan ukhwah yang terjalin dengan izin Allah ini akan berkekalan untuk selamanya.. Moga, tiada permusuhan yang bakal timbul antara kita semua..
Didoakan, moga kita semua dapat bersua muka dalam satu pertemuan yang dirahmati dan diizinkan oleh-Nya.. Kan? Tapi, kalau you alls tak sudi nak bersua muka dengan diri ini, its ok.. Diri ini memahami.. Tapi, itu bukan bermakna benci, kan? Maybe, masa itu yang tidak sesuai... ^,^
Walau hanya dengan perkataan kita semua meluahkan rasa, berkongsi rasa, bercerita pengalaman, memberi kata nasihat dan pelbagai lagi, itu semua sukar untuk ditukar beli dengan wang ringgit..
Terima kasih buat semua... Tiada apa yang mampu diberi selain sebuah doa kepada-Nya agar DIA merahmati kalian semua..
Insya Allah, moga kita dapat menjalani hidup ini dengan sebaiknya, samada dalam urusan hidup, pekerjaan, pelajaran, percintaan, perhubungan, persahabatan, kekeluargaan, ibadah, ibadat dan semuanya..
Sekali lagi, terima kasih pada yang sudi beri dorongan kepada diri ini untuk mempertahankan hubungan percintaan dengan kekasih hati.. Mungkin, dia lebih jelas dengan keadaan di sana.. Diri ini memohon, andai perhubungan itu tidak berjalan dengan lancar, jangan pernah memikir yang bukan-bukan ye.. Diri ini pun takut juga, andai perhubungan itu tidak menjadi, nanti orang kata diri ini perasan pula.. Apa-apa pun, diri ini tetap berharap, perhubungan itu akan kekal buat selamanya.. Amiin...
Insya Allah, satu saat nanti, segala persoalan yang tergantung ini akan terjawab..
Akhir kata, terima kasih semua dan mohon maaf andai ada salah silap sepanjang kehadiran blog dan diri ini di sini... Moga kita bersua lagi di lain ketika.. Selamat menjalani ibadah puasa, selamat berehat dan selamat malam buat kawan-kawan yang dihargai...
Untukmu Teman - Brothers
Wassalam..
9 comments:
sama-sama kaseh(perasan jap)..haha,selamat berbuka,bersahur dan berpuasa azie...
hehehe.. Alif tak perasan pun.. Setiap perbuatan, ia terselit kasih sayang.. Kan3x.. Begitu juga buat Alif.. Moga happy2 selalu tau.. (^,-)
ape yg x perasan?klau setiap perbuatan tu terselit kebencia macam mana?hahaa...yup,thankss,smoga happy slalu gak..=)
kasih diterima .. haha ..
kite kn kwn .. mestilah support kwn tu ^^ hehe
Alif : Alif perasan yang di sini ada kasih sayang.. hahahaha.. mustahil terselit kebencian,kan kan kan? Welcome.. Thanks to you too.. :)
Alif Haris : Alhamdulillah.. Berbalas juga.. hehe.. Thanks frens.. :)
sometimes, bercerita dengan org tak kenal lebih selesa sebab org tu takkan judge kite..kan?hehe
btw, semoga hubungan dengan kekasih hati berkekalan ..adat la kan bile jauh macam2 dugaan.sabar jela..hehe
=)
hidup perlu saling tolong menolong dan saling memberi sokongan~ he.
apa pun ujian yg kita hadapi, kita kena redha dan redah~ Allah tak akan menguji kita jika kita tak mampu..
salam perkenalan
cikmemy : thanks cikmemy.. betul tu, mereka takkan fikir yang bukan2kan..&, terima kasih kerana mendoakan.. Insya Allah, akan cuba harungi segalanya sebaik mungkin.. Moga, cikmemy juga sentiasa bahagia bersama tersayang.. ;)
dhiera : Salam perkenalan dan terima kasih kerana singgah.. betul tu.. sebagai manusia, hidup saling memerlukan.. Insya Allah, akan terima apa sahaja dengan sebaiknya.. thanks.. ;)
hehehe .. sama-sama kawan :)
Post a Comment