KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Monday, 19 March 2012

...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ini punya kesempatan untuk menjengah di sini.. lama sudah tidak berkunjung di diari hati ini.. Chewah.. time2 camni nak berjiwang la pulak.. hmmm.. rindu nak berbicara tapi kebiasaannya, masa itu ada cuma tidak berkesempatan sahaja.. Alhamdulillah, hari ini ada kesempatan dan kerajinan itu ada.. Walau hakikat sebenarnya, mata ini ingin sahaja beradu seperti yang lain.. Namun, harus dikuatkan semangat demi mengajar erti kesabaran..
Diam tak diam, sudah menjejak 3 bulan lebih berada di alam baru ini.. Berada di tempat yang baru, suasana yang baru dan persekitaran serta sahabat yang baru.. minggu hadapan, sesi pertama akan tamat.. kami semua pun baru je pulang dari cuti minggu lepas.. Tak puas rasanya duduk kat rumah seminggu tu. Tambahan pula, diri ini lewat sampai di rumah.. Kenapa? Mestilah bersebab.. InsyaAllah, ada kelapangan kita akan berkongsi tentangnya.. Buat hari ini, sekadar ingin meluahkan rindu di sini.. Saat ini juga, si buah hati pengarang jantung yang menjadi racun dan juga madu (InsyaAllah,hanya dia sahaja selamanya) buat diri ini sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.. Risau kerana hari makin gelap, dia hanya sendirian sahaja.. katanya lah.. So,kita doakan yang dia akan selamat sampai ke rumah keluarganya, Insya Allah, dalam pukul 11 malam ni.. Amiin...
hmmm..
bila bicara tentang dia, memang rindu sangat2.. Jarak yang jauh antara destinasi kami.. Tapi, moga ia bukan penghalang dalam kami mencapai impian, cita-cita dan harapan kami berdua.. Rindu sangat kat dia....
Ok lah, ada ketika nanti, kita share sedikit kisah yang berlaku.. Insya Allah, mungkin malam ni.. Semoga, segalanya baik..
Wassalam...

No comments: