Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih di beri kesempatan hingga ke saat ini untuk menghirup udara yang diberi secara percuma.. Sesuatu yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit, sesuatu yang tersangat bernilai untuk semua yang hidup.. Tiada satu pun yang hidup tidak perlukan udara.. Sesuatu yang kita tak nampak, tapi kita boleh merasai andai ia datang menyapa tubuh kita.. Sesuatu yang kita tak pernah ambil peduli kerana ianya adalah percuma, tak nampak dek mata kasar..
Inilah lumrah manusia.. Tidak reti untuk menghargai apa yang ada di depan mata, tidak mensyukuri apa yang hadir tanpa dipinta.. Sesuatu yang teramat bermakna bagi orang yang mengerti.. Tapi, acap kali kita semua alpa..Dan kita hanya akan menyedarinya bila ia sudah tiada.. Dalam erti kata yang mudah, bila kita sudah kehilangannya, kita terkapai-kapai keseorangan.. Saat itulah baru kita tahu betapa berertinya anugerah itu..
Ramai yang berkata, patah tumbuh hilang berganti.. Yup, memang yang patah akan tumbuh tapi perasankah orang yang mengucapkan kata-kata tersebut akan sesuatu? Samakah yang tumbuh itu dengan yang telah patah? Kuatkah yang baru tumbuh itu seperti yang patah itu? Adakah kita dapat tukar anugerah yang kita perolehi itu dengan sesuatu yang baru???
MANUSIA ini sesuatu yang amat kompleks tetapi amat istimewa.. Betul bukan? Setiap kejadian Tuhan itu pastinya tidak sia-sia.. Hanya kita yang mampu mentadbir hidup kita..
Moga hari yang mendatang, andai diri ini masih dipanjangkan usianya, moga hari itu lebih baik dari yang berlalu.. Kehidupan tak akan sentiasa gembira.. Setiap apa yang kita rasa, itu yang buat kita makin berani untuk melangkah ke hadapan..
Mungkin, saat ini, seseorang itu atau mungkin diri kita sendiri tak nampak anugerah yang diberi.. Tapi, moga kita masih belum terlambat untuk menyedari anugerah yang amat sukar untuk dimiliki kerana dalam hidup ini, hanya itu.. Walau mungkin berganti tapi ia tetap tidak sama seperti yang kita miliki..
Wassalam...
No comments:
Post a Comment