KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Saturday, 29 September 2012

pe2 je.. ~,~

Assalamuaalikum..

Beberapa hari yang lalu, diri ini down sangat2.. Terlalu down, hingga terasa macam.. Tah lah.. Sampai, terasa yang kenapa diri ini jadi begitu? Orang melihat, nampak diri ini tersenyum ceria, bahagia.. Tapi, hakikatnya, Allah yang tahu.. Mencari kekuatan yang telah direntap pergi.. Setiap apa yang dilakukan, hanya semata2 dilakukan tanpa niat.. Dugaan berat.. Mencari sumber kekuatan.. Call mak dan ayah.. Menangis di pendengaran mereka.. Diri ini tahu, mereka risau.. Sejak detik itu, kerap kali mereka akan hubungi.. Tiada apa yang penting, hanya mereka ingin mendengar suara dan tahu keadaan diri ini.. Duhai ibu dan ayah, maafkan anakmu kerana telah membuat kalian berduka di sana.. Terima kasih kerana memberi semangat dan mendoakan yang terbaik buat anakmu ini.. Jasa kalian tidak dapat diri ini balas walau dengan nyawanya sendiri.. Ya Allah, Kau bahagiakanlah kedua ibu bapaku, sebagaimana mereka membahagiakan diriku dan anak2nya yang lain.. Jauhikanlah mereka dari sebarang masalah, sihatkanlah diri mereka dan lindungilah mereka dari sebarang bala bencana..

Disebabkan perasaan yang down giler tu, sampai hari ni masih mencari2 diri sendiri.. Adoiiii... Semak2.. Hahahaha.. Diri ini telah mengambil tindakan yang tah pe2 tah.. Fren di fb memang dah tak ramai, pic2 semua di del pastu matikan fb tu.. tah pe2 tah kan? Hahahaha...  Pastu, emel pun semua di del.. biarkan ia kosong je.. pastu, no fon pun tinggal no family je.. Sorry kawan2 kalau nanti kamu hantar mesej, saya tak kenal.. :(

Pastu, habiskan hari2 dengan buat tah pe2 punya keje tah.. Dengan cuaca yang agak tak menentu ni, diri ni g pilih hari yang agak2 renyai untuk keluar sedangkan time panas yang damai tu, dia duk terperuk dalam bilik.. Haish.. Pelik2.. hahahaha...

Duhai diri, kenapa jadi begini? Mana dia puteri manis yang kuat semangatnya? Mana puteri yang selalu berfikiran positif dalam hidupnya? Samapai bila nak bermurung dan mengenang perkara yang sedih.. Dunia belum tamat lagi.. Perjalanan masih panjang.. Kenapa Allah tak ambil nyawa kamu bila kamu rasa down? Sebab, Allah bagi peluang untuk kamu lihat dunia ni.. Banyak lagi perkara yang Allah rahsiakan dari kamu.. Ini bukan pengakhirannya.. Mungkin, duka ini sementara.. Esok lusa, Allah akan kembalikan kegembiraan yang hakiki buatmu.. Insya Allah..

Buat seseorang yang diri ini sayangi.. Terima kasih terima diri ini seadanya.. Saya sayang awak walau pun kita tak tahu apa yang bakal terjadi.. Saya harus maju ke depan.. Saya berdoa, moga jodoh kita berpanjangan.. Moga saya menjadi bidadari awak di syurga dunia ini dan syurga di akhirat kelak.. Insya Allah.. Moga awaklah imam saya yang mampu membimbing saya ke syurga.. Moga restu dari Allah, Rasul, ibu bapa, ahli keluarga, kawan2, sanak-saudara, masyarakat dan semua orang bersama kita.. Moga impian awak untuk lanjutkan pelajaran tercapai, membantu ibu dan ayah, membahagiakan mereka..

Agak2, ada tak kolej yang nak buat pertukaran pelajar? Best tak kalau dapat belajar kat tempat yang jauh? Macam nak je g tapi nanti mulalah menangis sebab rindukan family.. Pe2 je lah.. Wish me good luck k.. Moga, Allah perkenankan doa hamba-Nya yang lemah dan hina ini.. Moga kebahagiaan akan terus bersama kami.. InsyaAllah, Amiin..



Amiin.. Selamat malam semua.. Diri ini menyusun sepuluh jari, mohon maaf zahir dan batin if ada yang tersilap, terkasar bahasa.. Seandainya ini adalah pertemuan terakhir kita, maafkan diri ini.. Jangan mudah putus asa kerana Allah sentiasa bersama kita.. Jika ada umur panjang dan masa, kita akan bersua kembali.. Salam kemaafan dan salam sayang buat semua..

Wassalam..




2 comments:

dja_amiensukhri said...

Hampir semua orang pernah rasa macam tu. Yang penting kita sabar. Ingat yang Dia sentiasa ada dengan kita. Moga kita kuat tempuhi hari yang mendatang.. :)

azs said...

InsyaAllah.. Terima kasih atas sokongan anda.. :)