KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...
Showing posts with label bicara. Show all posts
Showing posts with label bicara. Show all posts

Saturday, 17 September 2011

Duhai...

Assalamualaikum...

Hari ni, mood memang tidak berapa ok.. Kalau cakap kita happy walau hakikatnya ia bukan begitu, adakah itu ertinya kita berbohong??? Takpe kot berbohong untuk menjaga hati orang sekeliling, kan?
Kemungkinan, ini last entry for this time..
So, tak mau tinggalkan blog dengan entry yang sedih..
So...

Duhai puteriku sayang,
Jagalah diri baik-baik kala bersendirian,
Kuatkan semangat menjalani hari-hari yang mendatang,
Perbanyakkan amalanmu setiap detik
Kumpulkan ibadat sebagai bekalanmu kelak
Pertingkatkan keimananmu setiap saat
Senyumlah sayang kerana senyuman itu suatu sedekah
Jalinkan kasih sayang kerana ia indah
Jangan lupa,
Seusai solatmu,
Perbanyakkan memohon ampun dan mendoakan ibubapamu
Serta,
Hargailah setiap apa yang ada di sekelilingmu itu..

Duhai kasihku,
Walau dugaan datang bertimpa
Harungi ia dengan kesabaran
Teruskan perjalananmu
Jangan jadikan dugaan itu sebagai penghalang
Atau sebagai penamat segalanya...

Duhai hati,
Tabahlah harungi itu semua
Masa akan berlalu
Walau luka telah terubat
Parut masih ada
Jadi,
Lihatlah parut itu
Agar tidak berulang lagi kesilapan yang sama..

Duhai kawan-kawanku,
Terima kasih atas ukhwah yang dijalinkan
Terima kasih jua atas segala doa dan nasihat
Segala-galanya tidak mampu dibalas
Hanya Allah mampu memberikan ganjaran yag setimpalnya..

Duhai Ayah dan Bonda,
Terima kasih atas kasih sayang yang tak terhingga
Atas didikan yang amat bermakna
Atas perlindungan tanpa hadnya
Atas segala-galanya..
Hanya Allah mampu membalas segalanya..
Moga Ayah dan Bonda sentiasa bahagia..
Nantikan kepulangan anakanda..

Suka, duka, sedih, rindu, benci, marah, dendam segalanya satu rasa yang indah.. Mengalaminya meniggalkan sesuatu yang sukar diungkapkan.. Terima kasih Ilahi kerana memberikan setiap rasa ini kerana tidak semua mampu menghadapinya dan melaluinya.. Moga Engkau sentiasa bersama kami, merahmati dan memberkati kehidupan kami di dunia kini dan akhirat kelak..

Salam kemaafan buat semua..
Jangan sedih-sedih tau, takut jadi tak cantik or tak handsome pulak.. ^-^

Wassalam...