Assalamualaikum..
Alhamdulillah, setelah menyepi buat seketika, tika ini, terdetik nak berbicara.. Tapi, tak tahulah tentang apa.. So, just borak-borak dulu sampai isu itu timbul, boleh tak? hehe...
Syukur kepada Ilahi, sudah hampir 20 hari kita menjalani ibadah puasa tahun ini.. Semakin hari, semakin selesa dan tenang tapi sebentar sahaja lagi Ramadan tahun ini bakal berlalu pergi.. Berlalu membawa kenangan dan rahmat yang selalu kita nantikan.. Mudah-mudahan, Allah menerima amalan kita dan sentiasa merahmati hidup kita semua.. Dan, moga Ramadan tahun hadapan, kita bakal menikmati kembali rahmat tersebut...
Sambil kita mengejar ganjaran yang jarang dapat dimiliki di bulan-bulan Islam yang lain, kita juga pasti sudah mempersiapkan diri, kediaman dan segala persiapan yang perlu untuk menyambut kedatangan Syawal yang bakal muncul apabila Ramadan berlalu pergi.. Betul tak?
For me, nothing special this year.. Tapi, bersyukur sebab masih berkesempatan meraikan segalanya dalam keadaan yang bahagia.. Mudahan, ini berkekalan.. Rindu kat mak dan bak.. Tak sabarnya nak balik rumah... Persiapan raya? Biasa sahaja.. Kalau nak tahu, tunggu lepas raya, baru la tahu macam mana.. hehe..
10 malam terakhir...
Moga, segalanya baik...
Wassalam..