Assalamualaikum..
Alhamdulillah, malam ni, orang dah mula g terawih dan kita semua pun bakal berpuasa siang hari nanti.. Semalam, hari terakhir di bulan Julai tahun 2011.. Sekejap je rasanya masa berlalu tapi, sebenarnya setiap saat yang kita lalui, menggamit pelbagai memori, pelbagai rasa dan pelbagai cerita..
Saat ini, seluruh umat Islam sedang bersiap siaga untuk berpuasa..
Hehehe.. Bukan apa, time comel-comel tu, bila sebut je nak puasa or nak raya, waktu yang paling ditunggu ialah hari dan tika orang nak umumkan tarikh nak berpuasa dan raya.. Biasanya, duk melekat kat depan tv, pasang suara kuat-kuat bagi satu kampung dengar dan tunggu dengan sabar.. Hahaha.. Excited punya pasal walaupun time tu masih lagi tak tahu apa-apa tapi, its so sweet.. Sebab, satu family join sekali.. Bila pengumuman dah dibuat, happy semacam je.. Rindunya waktu itu..Sekarang, banyak yang dah berubah.. Semua dah duduk jauh-jauh.. So, bila waktu camni, just tengok sorang-sorang, tak best lak.. Sebab, takde yang nak teman sorak menyambut Ramadhan..
Alhamdulillah, malam ni, orang dah mula g terawih dan kita semua pun bakal berpuasa siang hari nanti.. Semalam, hari terakhir di bulan Julai tahun 2011.. Sekejap je rasanya masa berlalu tapi, sebenarnya setiap saat yang kita lalui, menggamit pelbagai memori, pelbagai rasa dan pelbagai cerita..
Saat ini, seluruh umat Islam sedang bersiap siaga untuk berpuasa..
Kata tentang puasa, tahun ini bukan tahun pertama berpuasa bagi yang dah 20an ni.. Tapi, still perasaan nak layari hari berpuasa itu macam still kanak-kanak, betul tak or hanya diri ni je? Alamak, malulah kalau cuma diri ni je yang rasa camtu..
Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita menjejakkan kaki ke bulan yang penuh kemuliaan ini.. Mudah-mudahan, tahun ini, amalan kita lebih baik dan lebih banyak dari yang sudah-sudah serta moga kita bakal bersua dengan Ramadhan yang akan datang..
Jadi, jom lenakan mata seketika, rehatkan badan..
Lepas tu, bangun untuk bersahur dan solat subuh..
Terima Kasih Ya Allah atas kesempatan ini dan rahmat-Mu.. Moga Engkau memberkati setiap amalan, perbuatan, rezeki, ilmu, amal dan ketakwaan kami semua..
Wassalam..