Assalamualaikum...
Alhamdullillah.. Terima kasih Ilahi atas kesempatan yang diberi kepada kita semua.. Alhamdulillah, syukur dan terima kasih Ya Allah atas rahmat dan keberkatan-Mu.. Hari ni, hari terakhir kita semua berpuasa dalam bulan Ramadan pada tahun 2011.. Esok, muncul sudah Syawal yang indah.. Terasa sayu hati untuk meninggalkan Ramadan ini.. Mudah-mudahan kita bersua kembali di tahun hadapan.. Insya Allah dan Amiin..
Tahun ni, dalam bulan ini, selang sehari selepas Raya Pertama, Hari Kemerdekaan bagi negara kita, Malaysia yang ke-54.. Alhamdulillah, sudah lama juga Malaysia bebas dari penjajahan... Sekarang ni, semua berada dalam keadaan aman dan sejahtera.. Moga-moga, keamanan ini berterusan..
Di sebabkan tahun ini, Raya dan Merdeka hampir serentak, jadi kita semua dapat lihat rumah-rumah dihias dengan cantiknya.. Selain ada warna-warni untuk menyambut raya bagi Muslim, pasti akan kelihatan adanya bendera-bendera di kenderaan atau di persekitaran rumah.. Best kan..
Masa perjalanan pulang untuk kembali ke rumah family, best sangat sebab tengok banyak rumah kat tepi-tepi jalan tu pasang pelita.. Kebetulan, jalan waktu malam.. Memang terasa best sangat.. Tambahan pula, pasang lagu raya.. Dalam kereta, jangan cakap, penuh dengan kuih-muih dan pakaian.. Best sangat.. Tapi, yang tak best bila pemandu kenderaan lain suka bawa laju dan asyik nak memotong dari kiri.. Bahaya kan? Tak tahu lah kenapa mereka tergesa-gesa sangat.. hmmmm...
Sampai kat rumah, awal pagi.. Memang tak tidur la, terus bersahur dan berbual.. Rindu kat mak dan ayah.. Alhamdulillah, terubat rindu tu.. Lagi best, bila dapat beri mereka rasa kuih yang kami buat.. hehe.. Boleh la, untuk makan sendiri.. Tapi, my sis n husband dia hantar diri ni je.. Depa balik rumah mertua kat Sarawak..
Dah rest kt rumah, dapat calling dari kampung beritahu saudara nazak.. Dia accident minggu lepas.. Mak susah hati..So, diri ni teman la mak dan bak balik kampung.. Time dapat calling, saudara tu kat Hospital Mersing.. Bila kami dah sampai, dia dah dihantar ke Hospital Sultan Ismail.. So, kami tak g la.. Bak dah penat sangat.. So, kami tidur kat kampung.. Kat situ, dapat la info tepat tentang saudara yang masuk hospital tu.. Rupa-rupanya, dia dah ok time nak dihantar ke Hospital Mersing dari Hospital di Johor Bahru.. Dalam perjalanan tu, dia nak minum air tapi nurse tak bagi.. Then, dia mengamuk.. Terus jadi teruk.. Bila sampai Mersing, doktor beritahu yang dia ada pendarahan dalam otak dan paru-paru penuh kahak.. Tu yang punca dia jadi nazak.. Doktor beri 2 pilihan time tu.. Kalau dia boleh terima bantuan pernafasan, Alhamdulillah, kalau tak, kami semua kena redha.. Alhamdulillah, dia terima bantuan pernafasan.. After kahak disedut sedikit, dia terus di hantar ke HSI.. Tak hantar dah dekat hospital yang mula-mula dia masuk tu walaupun kat situ ada banyak pakar.. Bila doktor Mersing tu check, baru dapat tahu yang jaga dia ni, Jururawat Pelatih..Tu yang tak dapat detect masalah yang besar tu.. Ish ish ish..
Kebanyakan dari saudara kami yang melawat, semua marah.. Macam mana Nurse tu boleh tak detect masalah yang besar tu.. Ni membabitkan nyawa manusia, bukan barang mainan.. Nurse dan Doktor kat hospital tu cuma beritahu yang saudara kami tu cuma retak kepala sikit dan patah tulang rusuk je.. Tu yang mereka beri dia dihantar ke Hospital Mersing.. hmmm.. Doktor dan nurse tu careless sangat-sangat.. Alhamdulillah, saudara kami tu dah stabil dah sekarang ni..
Ni la dugaan besar Ramadan bagi kami.. Ramai yang dah putus asa time tu.. Ye la, mula-mula call, dapat berita dia dah ok dan boleh balik rumah sebelum raya.. Tapi, sebab kecuaian, dia dapat masalah lagi besar.. Pe-pe pun, dia sekarang dah stabil.. Semua lega.. Walau terpaksa beraya di hospital, semua happy..
Sebab tak dapat lawat saudara, alang-alang dah balik kampung, kami menjengah la kedai-kedai yang ada.. Dapat la beli persiapan raya..
Alhamdulillah, walau tahun ni tak semua adik-beradik ada, kami semua dapat buat persiapan raya dalam keadaan ok tapi ala kadar je.. Dapat la juga cat rumah, beli langsir baru dan masak bersama-sama.. Best..
So, sempena Hari Raya yang bakal kita tempuh dalam beberapa jam je lagi (tapi takbir raya dah bergema dah), diri ini dan ahli keluarga ingin menyusun sepuluh jari, memohon keampunan andai ada tersilap bicara, terkasar bahasa, ada salah dan silap sepanjang perkenalan samada di alam nyata atau di alam maya ini.. Maaf zahir dan batin, tulus dari hati kami.. Andai ada rasa dendam, benci atau sesuatu yang tidak menyenangkan di hati, boleh lah diselesaikan secara baik.. Jemput-jemputlah datang ke rumah.. Insya Allah, pintu rumah sentiasa terbuka untuk semua..
Setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.. Walau ia perit tapi ia tetap indah.. Terima kasih Ya Allah atas segalanya..
Tadi, time pengumuman raya diumumkan, dah berperang dan mercun di sekitar rumah ni.. Lepas tu, rumah ni jadi sasaran bunga api.. Habis belerang jatuh atas atap rumah.. Ia amat menyeronokkan.. hehe.. Tapi, bingit telinga.. Lawa je tengok bunga api tu.. Rindu zaman kanak-kanak, main bunga api.. Sekarang ni, dah besar, sibuk di dapur dan ruang tamu je.. ^,^
Ok la, lagi sekali nak ucapkan,Selamat Hari Raya AidilFitri.. Mohon maaf zahir dan batin buat semua... Moga segala kesilapan dapat dimaafkan..Selamat malam.. Moga bersua kembali..
Sebelum terlupa,
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!!!!!
Wassalam..