KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...
Showing posts with label soalan. Show all posts
Showing posts with label soalan. Show all posts

Friday, 15 July 2011

Soalan dan Jawapan..

Assalamualaikum...
Hari ni, nak share sikit cerita..
Ada seorang kawan meminta pandangan diri ini.. Time dengar je soalan dari dia, tak tahu nak bagi jawapan yang mana.. Sebabnya, jawapan tu ada dua, satu baik dan satu lagi buruk..

Soalan : Kalau kekasih dah lama tak berhubung, tak mesej dan call, dia ada orang lain ke?
Jawapan : 1. Maybe dia ada orang lain..tu dia nak elakkan diri dari ko la tu..
                2. Tak la.. Maybe, dia bz dengan kerja dia..

Soalan : Aku ada mesej dia tapi dia buat dek je.. Pastu, aku majuk pun dia boleh buat tak tahu.. Sakit hati!!
Jawapan : 1. Sah2 dia malas nak layan ko.. Dia memang sengaja buat ko sakit hati la tu..
                2. Dia penat la tu.. Maybe, tekanan kat tempat kerja dah buat dia pening kepala.. So, ko lak
                    tambahkan pening dia, tu yang dia buat dek je..

Soalan : Aku ada la tanya dia sikit je, dia boleh marah2 aku kaw2 punya.. Tension aku!!
Jawapan : 1. Dia dah benci, memang la ko tanya pe2 pun dia marah..
                2. Dia pun tension kot dengan tugas dia.. Tah2, ko tanya kat dia tak kena pada masa.. Tu yang
                    dia marah tu.. Ibarat orang tengah drive laju, ko lalu, memang ko la yang kena langgar..

Soalan : So, pe patut aku buat?
Jawapan : 1. Ko tinggalkan dia dan cari orang lain..
                2. Ko banyakkan bersabar.. Cuba ko try letakkan diri ko kat tempat dia.. Baru ko boleh faham
                   keadaan dia..

Soalan : Aku masih sayang dia.. So, aku try..
Jawapan : 1. Tak payah la.. Ko blah je, cari yang lain.. Kalau dia boleh cari lain, ko pun boleh..
                2. So, ko kena banyakkan bersabar.. Lagipun, suasana ko dan dia berbeza.. Ko duk dalam
                    rumah, dia kerja.. Jumpa ramai orang, duk bawah panas terik dan banyak lagi tekanan..

Soalan : Ok, aku terima nasihat ko..
Jawapan : 1. bagus2..
                2. Ok.. Moga ko boleh bersabar dan banyakkan berdoa.. Moga segalanya baik..

Kesimpulannya, persoalan itu telah terjawab.. Agak-agak, nasihat yang mana yang diri ini beri kepada rakan itu dan nasihat yang mana korang akan beri kepada orang yang bertanya pada korang soalan yang sama macam ni? Pening ek? hahaha..

Ok, fikir-fikirkan..

* Soalan ni ditanyakan oleh kawan perempuan.. So, betul ke orang lelaki akan buat benda negatif yang perempuan fikir? Orang perempuan selalu fikir negatif sebab mereka sayang.. Betul kan? Komen please.. (Kalau ada yang sudi buat post tentang masalh ni, thanks)

Selamat malam semua..
Wassalam..

Saturday, 21 May 2011

macam2

Assalamualaikum..
Lama sudah tidak berbicara di sini.. Bukan tiada masa cuma, tiada rasa untuk menceritakan apa yang berlaku.. Minggu lalu, 16 Mei, 1 Malaysia meraikan Guru-guru yang ada.. Pelbagai ucapan dan doa yang disampaikan.. Tapi, jangan fikir, bila seseorang itu tidak berkata apa-apa, dia langsung tidak mengingati.. Mungkin, dia lebih senang andai hanya Allah sahaja yang tahu doa dan harapannya untuk orang yang diraikan.. Selain tu, ada juga Sambutan Hari Belia.. So, yang belia-belia tu, ada juga harinya.. hehehe...
Minggu lalu juga, result exam poli dah keluar.. So, tahniah kepada semua pelajar poli yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.. Bagi yang berjaya menamatkan pengajian, tahniah dan alhamdulillah.. Teruskanlah mencapai impian anda semua..

Hmmm...
Diri ini dilanda persoalan yang tiada jawapannya.. Yang tahu, hanya orang yang menyimpan jawapan itu dan juga, Yang Maha Kuasa.. Letih bila memikirkannya..
Ada orang berkata (kebanyakannya orang lama), kahwinlah dengan orang yang sayang kita dari kahwin dengan orang yang kita sayang... Betul ke? Ada tak yang nak bagi pandangan?
Hmmm..
Ok lah, maybe ni sahaja untuk kali ni..
Still dalam mood yang...
Entah lah..
Wassalam...