KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Tuesday, 7 June 2011

kAhWin???

Assalamualaikum...
Hari ni, nak kongsi tentang isu kahwin.. Kat mana-mana, orang duk sibuk cerita tentang kahwin.. Ish, kadang-kadang naik bosan gak.. Hahaha..
Bagi lelaki, kalau orang tanya bila nak kahwin, agak-agak apa jawapan mereka ek? Mesti akan jawab nak kumpul harta, nak cari kerja dan macam-macam lagi lah.. Betul tak kaum Adam?
Kalau perempuan pula, apa ek? Hahaha..
Pandai-pandai lah cari jawapan itu sendiri..
Sebenarnya, mak dah bertanya, bila agaknya majlis anaknya yang sorang ni akan berlangsung.. Dengan menggunakan ayat yang mak dah berusia, mak nak la tengok anak mak ni naik pelamin.. Asudah, apa yang patut dilakukan? So, nak senangkan hati mak, time kenduri kat rumah orang, before pengantin rasmikan or after majlis dah selesai, so, naik la pelamin tu.. Ambil gambar, leh la tunjuk kat mak yang kita dah naik pelamin untuk bergambar bersama rakan-rakan.. Agak-agak, apakah reaksi emak jika itu yang di lakukan?
Sure, dengan serta merta mak akan marah dan kita sure akan melarikan diri dengan ketawa kerana berhasil mengenakan emak tersayang.. Hehehe.. Jangan marah ye.. Sekadar memberikan idea yang tidak langsung boleh diterima oleh akal.. Hahaha.. :-p

Realitinya, untuk berkahwin, kena ada persediaan dari jiwa, hati, harta dan seumpamanya.. Paling penting sekali, kena la ada pasangannya.. Tiada pasangan, macam mana pernikahan dan perkahwinan itu akan berlangsung, kan? Nak cari pasangan yang mampu menerima kita seadanya juga, bukanlah sesuatu yang mudah.. Pantai pun berubah, inikan pula manusia.. Tiada yang sempurna...
Namun, setiap manusia itu sudah dijadikan hidup berpasang-pasangan.. Jadi, jangan pernah putus asa dalam mencari pasangan itu..
Nak kahwin ni, kena bersedia awal-awal... Sebab, banyak perubahan yang bakal berlaku sebaik sahaja ijab kabul itu dilafazkan. Dari seorang anak, bagi wanita, mereka akan meninggalkan family tersayang untuk memikul tugas sebagai seorang isteri.. Dari gelaran anak kepada isteri.. Tiada lagi sikap malas dalam menjalani kehidupan, tidak lagi mengharapkan ibu dan ayah serta pelbagai lagi.. Sekarang, segala tugas yang pernah emak lakukan dulu, kita pula yang harus memikulnya untuk keluarga baru kita.. Kalau dulu, boleh bangun lewat tapi bila dah kahwin, kena bangun awal.. Kena siapkan sarapan suami, kelengkapan suami nak pergi kerja, kena kemas rumah, masak, buat kerja rumah dan kalau yang bekerja, kena persiapkan diri nak ke tempat kerja.. Ha, bukan sikit yang berubah tu.. Lagi besar tanggungjawab.. Kalau belum kahwin, boleh juga rasa masakan mak hari-hari, tak masak pun takpe, mak ada.. Bila dah kahwin, kalau tak masak, g kedai la nampaknya.. Mula-mula, ok la tapi kalau hari-hari, pandai-pandai la fikir sendiri, ok.. Hehehe...
Tu perempuan.. Yang lelaki lak? Dari seorang anak, menjadi seorang suami.. Lagi berat tu.. Sebab, selain menjalankan tanggungjawab sebagai anak kepada keluarga, korang kena gak pikul tanggungjawab untuk menyara family korang sendiri iaitu isteri dan permata hati korang (anak-anak).. Betul tak? Bukan takat menyara je, korang kena jadi pemimpin untuk isteri.. Korang la Syurga untuk isteri korang.. So, kalau korang abai tanggungjawab korang kat isteri korang, macam mana isteri korang nak jadi Bidadari korang..
Selain memberi harta, korang juga kena beri kasih sayang, perhatian dan yang paling penting, korang kena pentingkan tugas untuk mengajak isteri ke arah kebaikan.. Kena jaga aurat isteri, kena ajak mereka bersolat dan pelbagai lagi.. Ha, kan banyak tu.. Dah ready ke?
Tu belum masuk bila dah dapat cahaya mata.. Time isteri mengandung, kalau isteri or korang tak alah, bagus lah.. Kalau dapat yang alah, kena la banyak bersabar, k..Hehehe..
Bila dapat anak, suasana rumah pun berubah.. Situasi pun berubah.. Dulu, berdua je, sekarang dah bertiga or maybe lebih (kot-kot anak kembar).. Bila anak masih baby, tidur malam asyik terganggu.. So, kena la banyak bersabar k.. Keletihan menjaga anak bukan hanya pada isteri tapi suami juga tau..
And, ada macam-macam lagi la..Kalau nak cerita semua, panjang lebar lak.. Ni pun, dah over dah ni.. Hahaha..
Apa-apa pun, adakah diri ini sudah bersedia? Anda sudah?
Fikir-fikirkan..
* Sedikit sebanyak pemerhatian dari kehidupan orang yang sudah berkeluarga.. Rasa macam takut je nak kahwin.. Boleh tak kalau tak kahwin? Hahaha..
*Moga Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya dalam menjalani kehidupan ini sebagai hamba, anak, isteri, suami dan khalifah di dunia sementara ini.
*Hope, kalau ada yang tak kena tu, maafkanlah ye..
Wassalam.. 

6 comments:

Alif said...

kawen?no komen...haha,
tp klau da ade rezki lebih,ape salahnye kawen...ibadah pon berlipat kali ganda pahala...

azs said...

hahaha.. why no komen?
takut kena hentam ek? hehe..
betul2, klu kawin, pahala pun berlipat kali ganda n sebahagian dari ibadah tu.. hehe..

Alif said...

no komen sebab x nak ade komitmen...
rite3x...jgn lupe jemput nnt yer =P

azs said...

chewah... tk nk ada komitmen konon.. hehehe.. tah2, dlm hati tu dh berpunya.. hehe.. ;-)
jemput nk ke mana tu? hahaha..
tah2, alif yg nek pelamin dlu.. hehe

Alif said...

haha,ntah la...
alif nak dptkan degree br bley pikir kedepan...=)

azs said...

hehehhe.. kdg2, jodoh sampai dulu, bru study habis.. hehe.. pe2 pun, good luck.. :-)