Assalamualaikum..
Alhamdulillah... Masih punya kesempatan lagi...
Hari ni, nak share sikit info tapi tak sure la boleh pakai ke tak dan ini khas untuk seorang sahabat..
Hope, dia terima la kot info ni.. Hehehehe...
Sebenarnya, tak pandai nak terangkan tapi, faham-faham je la ek.. Menaip ni lebih susah dari berkata-kata..
Hehehe.. :p

Sebenarnya, keberanian ni bukan sesuatu yang mudah nak di capai.. Memang mudah bercakap tapi nak buat sesuatu tu, kalau tak berani, memang takkan berjaya lah.. Betul tak?
Tak kira lah nak apa-apa pun, samada nak beli barang impian ke, nak berjaya ke, nak bawa motor ke dan nak pikat hati seseorang ke, semua tu perlukan keberanian.. Nak jumpa keluarga bakal mertua, lagilah perlukan keberanian.. Hehehe..
So, macam mana nak dapatkan keberanian tu???
First, kena la tengok matlamat dulu..
Adakah itu barang yang kita impikan, adakah itu impian kita atau adakah itu orang yang kita mahukan?
Bila dah kenal pasti matlamat, kena la susun langkah secara teliti.. Maybe, ada yang kata, main redah je la.. Terpulang pada diri masing-masing.. Tapi, bagi yang agak takut-takut, mesti perlukan masa.. So, take your time slowly..
Ok, katakan lah sekarang ni kita takut-takut nak berkenalan dengan seseorang.. Nak jumpa terus, takut.. So, slowly, cuba kenal dia dulu dari jauh.. Kira macam jadi spy tapi takdelah terlalu fanatik,k.
Just, kenal dia dari jauh.. Cuba cungkil sedikit sebanyak dari persekitaran dia.. Cuba untuk memahami dia, bagaimana perwatakan dia, sifat dia dan apa-apa info yang boleh digunakan..
Maybe, kalau berani, boleh mulakan langkah pertama dengan menegur secara baik dan memulakan salam perkenalan.. Bertukar-tukar no telefon or sekarang ni dah maju, boleh minta fb, ms, friendster or twitter dia..
Then, selalu la bertanya khabar.. Sambil-sambil tu, cuba cungkil sedikit demi sedikit rahsia dia yang boleh jadikan korang rapat..
Lagi satu, niat kenalah betul.. Kalau niat nak berkawan, kena ikhlas.. Kalau niat nak mengambil dia jadi teman istimewa, kena la begitu.. Jangan pula nak memikat tapi duk jadikan dia adik angkat or sebagainya.. Tu, dah lain dah tu...Ye la, mana tahu, dia memnag nak kekalkan hubungan sebegitu, melepas pula nanti.. Hati sendiri juga yang melara.. :-(
Maybe, ini semua memakan masa yang agak lama.. Tapi, dari situ, sedikit sebanyak kita dah kumpulkan semangat untuk jadi berani dan bersungguh-sungguh nak kenal dia.. So, dah ada kemajuan.. ;-0
Mesti terfikir, nak luang masa bersama pula.. Tapi, takut nak jumpa.. So, boleh la ajak kawan-kawan teman.. Tapi, takut juga? So, tunda je perjumpaan tu.. Hehehe..
Bila hati dah bersedia, diri dah bersemangat, Insya Allah, Allah akan bantu dengan memberi kekuatan..
Lagi satu, kita semua ada tempat bergantung iaitu Allah.. Jadi, jangan lupa banyakkan berdoa pada-Nya untuk memberi kita kekuatan dalam menghadapi dugaan tersebut..
Sebenarnya, bila kita nak menempuh sesuatu pengalaman yang baru, kita memang takut sangat.. Tapi, percaya tak yang sepanjang kehidupan kita ini, dah banyak ketakutan yang kita tempuh.. Dan, bila kita kenang kembali, setiap ketakutan itu dapat kita atasi dengan sendiri..
Nak tahu contohnya???
Pertama, masa kita kecil.. Kita takut untuk berdiri.. Tapi, ada emak dan ayah yang memegang tangan kita dan memimpin kita...
Kedua, kita takut nak masuk sekolah tadika.. Kita takut nak berjauhan dengan emak yang sejak kecil bersama kita.. Tapi, emak, cikgu, kawan-kawan dan persekitaran di sekeliling membuat kita menjadi berani untuk meneroka dunia baru..
Ketiga, kita takut bila nak belajar bawa basikal.. Tapi, hati cemburu melihat orang lain seronok menunggang basikal.. Jadi, kita tetap juga berusaha secara perlahan-lahan walaupun selalu terjatuh dan terluka.. Tak lupa, akan ada emak dan ayah yang menberi sokongan..
Keempat, kita takut bila nak hadapi peperiksaan.. Tak kira peperiksaan penggal, akhir tahun, UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya tapi, kita lalui juga..
Dan, pelbagai lagi.. Betul tak???
Jadi, kesimpulannya, kita kena hadapi juga ketakutan kita tu.. Mungkin, ia amat menakutkan tapi, ambil masa untuk melaluinya.. Jangan risau, anda tidak pernah berseorangan..
Lihat sekeliling.. Yang paling dekat, ada Malaikat di kiri dan kanan kita. Dalam hati kita ada Allah, ada iman dan kekuatan.. Di sisi kita, ada ibu dan ayah serta ahli keluarga.. Di sekeliling kita, ada kawan-kawan yang sudi menemani.. Serta, tanpa sedar, ada Alam yang sentiasa menemani kita siang dan malam... Ada laut di mana ada ombak yang memukul pantai dan batu di sisi pantai, ada bintang dan bulan di langit kelam, ada pelangi yang muncul selepas hujan, ada mentari yang menyinar bumi..
Perhatikan sekeliling, banyak yang kita boleh belajar.. Lihat sahaja anak burung yang baru belajar terbang, lihat anak kucing baru membuka mata, lihat ciptaan Ilahi yang sentiasa memberi kita ilmu tanpa sedar..
Jadi, buatmu sahabat, semoga dirimu akan beroleh kekuatan dalam mencapai impianmu tidak kira apa jua..
Moga, info yang tidak seberapa ini mampu membantu kamu dalam mengejar IMPIAN kamu.. ;-)
Amiin..
Buat semua, jika ada sebarang ilmu yang boleh dikongsi, sila-silalah bertukar ilmu tersebut..
Masa pun dah semakin larut, jadi diri ini ingin mengundurkan diri..
Selamat malam buat semua, moga semua bermimpi yang indah-indah dan semoga hari-hari mendatang akan hadir bersama semangat yang kian menebal..Amiin..
Wassalam..

4 comments:
hehehee,thanks,best word from you...
welcome.. tapi, ia tak seberapa.. sorry sbb penerangan tak perfect.. but, hope ia membantu.. :-)
owhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.hehehe
hihihi..;-)
Post a Comment