Assalamualaikum..
Alhamdulillah, semua berada dalam keadaan yang baik.. Sedar tak sedar, hampir 2 bulan lebih diri ini duduk dekat rumah.. Ada macam2 yang berlaku, ada best, tak best, sedih, tertekan dan sebagainya.. Tapi, sentiasa bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama bak dan mak yang disayangi..
Lebih kurang dalam 2 minggu lagi, diri ini mungkin susah nak jumpa parent, so nak habiskan masa yang ada ni sebaiknya.. hehehe..
Opppsss.... Lupa lak.. Tak ada kaitan pun dengan tajuk.. hehe.. Sorry...
Berbalik pada tajuk di atas tu..
Citenya camni..
Diri ni balik rumah sebab nak cari kerja baru dan nak luangkan masa bersama keluarga.. Alhamdulillah, setelah puas mencari, adalah rezeki.. Tapi, dalam duk rumah pun, ada lah beberapa perkara berlaku.. Ia bukanlah sesuatu yang buruk tapi bagi diri ini, ia mungkin melukakan hati orang yang bertandang..
Sebab???
Jeng...Jeng.. Jeng...
Ada mak cik datang rumah, duk tengok diri ni melepak je.. Then, boleh lak dia duk tanya, bila nak kawin? Dah ada calon belum? Kalau takde, kawin je la dengan anak mak cik..
Haaaa... Pe perasaan korang kalau ada mak orang tanya camtu???
Sorry to say, memang tak tau la nak cakap apa.. Duk diam je kat situ.. Mujur lah bak dan mak yang jawabkan.. huhuhu.. Legalah seketika walaupun dalam hati tu cuak gak la...
Selain dari tu, adik angkat yang dah lama tak bersua muka tapi masih tahu cerita, duk cari la no fon diri ni.. Duk ingatkan kot2 rindu kat akak dia ni tapi, ada aagenda tersembunyi la... Dia duk nak kenankan dengan bos dia.. Alamak!!! Not again!! So, terus-terang la dengan adik yang tak berani nak beri harapan kat orang lain.. Kalau takat berkawan tu, ok la.. Kan, kan, kan??? Then, mak adik pun datang.. Duk nak risik la, jadi ke nak kawan dengan "budak" tu? So, tak baik kan menipu??? Jawab la yang termampu.. Kalau hanya berkawan, boleh tapi lebih dari itu, tak berani.. Maybe, bukan jodoh dengan "budak" tu.. So, mak angkat pun balik after dapat jawapan tersebut.. Tak tahulah ok or tak..
Dan, selepas itu ada lagi beberapa pertanyaan dari orang yang mengenali.. Oleh sebab mereka bertanya kepada parent, so parent la yang jawab.. For me, belum tiba masanya lagi..
Di sini, bukan nak berlagak or nak tunjuk kat orang lain yang diri ni jadi perhatian tau.. Cuma, nak berkongsi kisah dan perasaan.. Bagi diri ni, menolak permintaan orang atau menghampakan harapan orang itu, amatlah dibenci sekali.. Tapi, itu bukan niat diri ini..
Terima kasih pada yang menganggap diri ini boleh dijadikan menantu yang baik serta memiliki sikap yang sopan(petikan dari kata-kata orang yang datang tau).. Ini semua berkat didikan bak dan mak selama ini.. Sebab tu, diri ini sayang sangat pada mereka..
Walaubagaimanapun, diri ini betul-betul menyusun sepuluh jari, memohon berbanyak-banyak keampunan pada semua yang sudi datang rumah dan bertanya.. Tak terlintas nak melukakan hati orang atau nak menghampakan orang.. Cuma, diri ini hanya manusia biasa..
Haaa... Jangan fikir lak yang diri ni suka mainkan perasaan orang tau.. Semua yang nak dijodohkan tu, diri ini tak kenal tau.. Tak tahu bagaimana mereka berani mencuba nasib.. Tapi, terima kasih sebab beranggapan yang baik2 pada family kami..
Sebenarnya, mana yang kenal diri ini, pasti tahu yang diri ini menyukai seseorang.. Cuma, mungkin belum sampai jodoh antara kami berdua.. Lagipun, orang tu buat tak kisah je bila dengar cite ni.. Maybe, dia fikir diri ini nak menipu kot sebab nak dia cepat2 masuk meminang... Sorry, diri ini bukan suka menipu ye.. Ini kisah benar.. Sorry sebab tak dapat sertakan bukti tapi, Allah tahu..
Lagipun, dalam tempoh terdekat, diri ini bakal terikat dengan kontrak yang tidak membenarkan seseorang itu mengandung.. So, untuk elakkan mengandung, jangan kawin dulu.. Insya Allah, dah habis kontrak nanti, baru fikir pasal ni semua.. Kan kan kan? So, doakan yang terbaik buat diri ini ye.. Terima kasih buat semua..
Jadi, diri ini dan keluarga ingin memohon kemaafan secara terbuka buat adik angkat, pada mak angkat dan pada mak cik-mak cik yang sudi bertanya.. Maaf andai ada yang terasa tapi diharapkan semua dapat terima dengan hati yang redha dan kalau boleh, jangan ada dendam dalam hati ye..
Akhir kata, jom layan lagu ni..
Moga segalanya berada dalam keadaan ceria.. Wassalam..
2 comments:
alep dok 4bulan kat umah x de org dtg masuk merisik pon..wakakaka,
biasa la tu,peringkat umo pompuan 20++ mst da ade orang mula dtg masuk merisik,tolak cara baik mst x mengecewakan si perisik...
semoga berjumpa dengan orang yg benar2 mencintaimu..=)
hehe.. bukan takde org yg merisik Alif, Alif je yg tak tau.. ce tanya mak, sure ada yg duk tanya tentang Alif..;0
mudah-mudahan la, takde yang kecewa or simpan dendam.. takut juga kalau ada yang marah or mendoakan sesuatu yang tak elok.. huhu..
Insya Allah, mudah Allah mendengar doa Alif tu dan juga doa dari saya.. Moga Alif juga beroleh seseorang yang Alif impikan.. Terima kasih Alif.. ^,^
Post a Comment