KEHIDUPAN


Hidup Dalam Sebuah Kenangan...

Sunday, 5 June 2011

kecil hati...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih punya kesempatan lagi.. Kali ni, nak melahirkan sedikit perasaan kecewa dan sedih... Walau tak semua orang begitu tapi, ini sedikit sebanyak mematangkan diri dalam mengharungi kehidupan ini.. Apa-apa pun, tahniah di ucapkan kepada Saudari Nurul Asyikin Binti Ahmad yang selamat melangsungkan majlis pertunangan beliau bersama pasangan hati pada 28 Mei 2011 yang lalu. Maybe agak lewat untuk mengucapkannya tapi, tak salah,kan? Terkilan di hati bila mengetahui berita ini bukan dari mulut tuan empunya badan or ahli keluarganya.. Pe-pe pun, semoga berbahagia.. Walau diri ini tidak di undang, diri ini tumpang gembira dari jauh sahaja.. Bukan la nak sedih tak tentu pasal, mesti lah sedih bersebab.. kan?

Diri ni sedih sebab tak sangka, orang yang kita anggap macam family sendiri melupakan kita di hari bahagia dia.. Bukan la minta di tatang bagai minyak yang penuh atau dilayan bagai puteri, tapi apa salahnya andai berita itu dikhabarkan.. Zaman sekarang dah maju, tak perlu susah-susah karang surat, just boleh sms je or bgtau kat fb.. Tak kisahlah.. Hal pun dah berlalu..
Cuma, sebagai peringatan untuk diri sendiri dan mungkin bagi orang yang mementingkan persahabatan..
Bila kita mengangkat sesuatu perhubungan itu ke arah yang lebih rapat, jangan pernah abaikan walaupun untuk perkara yang kecil.. kerana, kita tidak tahu apakah perasaan orang itu apabila kita mengabaikannya..
Mungkin dia akan berkecil hati, berfikir yang bukan-bukan.. Moga, segalanya baik..
* Di pandangan orang, mungkin diri ini sebutir debu, bila ada hanya mengotorkan pandangan, bila tiada tidak memberi apa-apa kesan.. Tapi, tahukah mereka, kesucian yang tersembunyi di sebalik debu itu? Fikir-fikirkanlah..



Layan jap lagu ni.. Huhuhu.. Moga, kesedihan dan kecil hati ini hilang..
Moga, akan bertemu lagi...
Wassalam..

6 comments:

Alif said...

ala,sabar je la,
maybe kawan tu bz dan memang x sempat nak jemput,
baru tunang,klau kahwin nnt confirm dia ajak awak,siap jd pengapit lagi kan..
hehe,doakan yg terbaek wat kawan2...

azs said...

hahaha..
yup, tgh bersabar je ni.. hehe..
mybe kot bz tapi maybe gak tk mau jemput..
tk mungkin kot jdi pengapit dia..
but, tetap doakan yg terbaik buat dia n semua.. ;-)

Alif said...

bagus bagus,gud girl....=)

azs said...

tak mau la jdi gud girl.. nk try jadi jahat lak.. hehe

Alif said...

bukan jahat,tp nakal,
=P

azs said...

hahaha.. ok gak idea tu... nk try la camni.. :-)